KAWAN MENJADI SAHABAT

KAWAN MENJADI SAHABAT 

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih 
Assalammualaikum wbt

Kawan
Adalah rezeki
Hadiah daripada Ilahi
Amanah dan tanggungjawab
Warna warni yang mewarnai

Kawan
Selalu menghulur tangan
Bukan cuma bantuan
Terlebih lagi sokongan
Bukan sekadar senyuman
Terlebih lagi letak diri dalam tangisan
Bukan cuma lantang dibelakanngan
Terlebih bangkit bela dihadapan

KAWAN MENJADI SAHABAT
GAMBAR HIASAN

Kawan
Tidak menyakiti
Tidak terlibat dalam kelompok yang membuli
Tidak terlibat dalam kelompok yang memerli
Andai kawannya tersakiti
Kawan lebih rasa disakiti
Kawan

Kawan
Sesekali berlawan
Sesekali melawan
Sesekali tidak kawan
Sesekali pilih bersendirian
Sesekali cuma sesekali

Kawan
Bertemu di dunia
Berkawan
Sama-sama bangkit melawan
Walau terkadang tidak terlawan
Tetap berkawan

Kawan
Walau bukan jutawan
Kebaikkan ibarat hartawan 
Walau tidak rupawan
Hati umpama bidadari Tuhan dalam bayangan

Kawan
Biar tidak ramai
Sedikit tetap damai
Kawan menjadi sahabat
Bukan main tangkap muat
Tentu ada tersurat tersirat
Satu jalan yang ada
Satu proses yang tersedia
Kita dan kawan melalui saja semua
Berjaya
KAWAN MENJADI SAHABAT

NOTA PC : hati-hati kerana potensi menyakiti tetap boleh terjadi

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama