KISAH KIPAS

KISAH KIPAS | Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. ADA MASANYA KIPAS KENA SENTIASA DIHIDUPKAN. Walaupun ketika hujan. Serius. Lagilah kalau di dapur, tengah masak memang sangat-sangat memerlukan udara daripada kipas. Itu belum lagi bia saudara mara datang tapi semua nak berlonggok kat dapur. Adoi, lagilah.

Balik kampung yang lepas ni, kipas dapur rumah mertua pc tak hidup. Mak kata rosak. Sebab apa rosak?. Menarik ni kisahnya. Ada dua kisah dan versi ni. Kisah dan versi sebelum dan sesudah.

Versi sebelum kipas ditukar.. masih rosak. Mak pergi dan tidur rumah adik ipar pc beberapa malam.. abah tinggal la kat rumah sendiri. Kata abah, abah lupa nak matikan kipas masa abah pergi kebun. Pulaknya masa tu hujan lebat. Jadi dia punya kesimpulannya, kipas rosak sebab kena sambar petir.

Versi selepas kipas ditukar. En suami pergi kedai. Belilah kipas baharu. Gigih belajar dengan orang kedai tu cara nak pasang. Maklumlah pertama kalikan. bahaya oii. Karen pulak tu. Alhamdulillah berjaya dan selamat dipasang akhirnya. Rupa-rupanya, habis semua wayar kipas hancur kena gigit tikus. Adoiii. Hahahahha.

kesimpulannya bukan disambar petir pun. Cuma kena kerjakan tikur wayar-wayarnya tu ha. Habis abah kena ketawakan. Terus murung abah. Hahahahaha.

NOTA PC  : alhamdulillah.. tak rimas lagi.
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. tikus xtakut kena renjatan letrik selamba ja gigit wayar kan

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama