MANA SATU | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. ADA BANYAK MANA satu sebenarnya. Banyak apa?. Pilihanlah biasanya. Boleh jadi menjurus kepada pendapat, persepsi atau keputusan. Dalam hidup seharian sangat banyak perkara perlu diurus dan banyak juga keputusan yang mesti dibuat. Mana perlu didahulukan. Mana mesti dikemudiankan.
Mana satu. Salah satu atau boleh sekaligus. Salah satu atau tidak semuanya. Segalanya mungkin. Ada qada dan qadarnya. Ada takdirnya pada setiap yang mana satu itu.
Tersinggung. Kecil hati. Kecewa. Atau mati rasa lalu menjadi biasa-biasa sahaja. Adakala mana satu itu boleh kita pilih dan tentukan. Adakala sikap luar mampunya manusia untuk menepis atau menerima yang mana dan yang mana satu itu.
PC percaya, apa pun dan apabila sahaja mana satu itu, tetap ada petunjuk daripada Allah SWT kepada kita hamba-hamba-Nya. Manusia dan makhluk perantara sahaja. Kudrat yang terbatas. Baik itu naluri ke, atau orang gelaran telepati ke, tetap atas izin Allah SWT. Kalau yang baik-baik itu petunjuk dariNya. Kalau yang sebaliknya itu boleh jadi hasutan atau bisikan syaitan atau iblis.
Mana satu. Buatlah pertimbangan sehabis baik. Sudah menggunakan akal selayaknya, mesti sambung dan Teruskan dengan doa. Doa akan kujuhkan lagi sebarang pertimbangan dan segenap usaha. In sya Allah. Aamiin.
NOTA PC : kadang keliru.. kadang mahu semuaya namun tidak mungkin
Tags:
Santai
Buatlah pilihan terbaik agar tidak menyesal di kemudian hari
BalasPadampilihan penting kena fikir banyak kali
BalasPadampilihan terbaik. INSYAALLAH
BalasPadamapapun pilihan masing2