NOVEMBER PULA BERERTI BERBAKI DISEMBER | Assalammualaikum semua. hihi. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. BULAN KESEBELAS daripada dua belas bulan. Alhamdulillah. Syukur masih di sini. masih Allah izin lakukan pelbagai aktiviti. Salah satunya masih lagi Allah swt izin PC mengendali blog Perdu Cinta ini. Terima kasih Allah.
Hari pertama dibulan NOVEMBER. Ya Allah, dah masuk bulan November kita ya. Berbaki sebulan lagi ditahun ini. Macam-macam kisah ada. Pelbagai cerita kita dengar. Setiap hari ada berita baharu dan ada pelbagai peristiwa juga. Tak kisahlah, berlaku pada kita atau pada orang sekeliling kita. Atau berlaku di luar negara kita sekalipun.
Dah masuk ke bulan baharu, tak salah juga tambah semangat baharu. mencari dan mencuba sesuatu yang baharu. Untuk diri sendiri dan untuk orang disekitar kita. kalau ada kebaikkan mengapa tidak. Asal tidak yang bukan-bukan. Hal yang aneh-aneh tu jangalah dibuat. Bukan diri sendiri je rosak. Eh, nanti orang lain pun rosak juga.
Alah dah November.. dah terlambat. Dah lewat. Tunggu nanti tahun depan je la. Janganlah macam tu. Walaupun kadang PC macam tu. Sebenarnya salah juga. jangan tiru PC tau. Hargai setiap waktu yang ada. Isi setiap kesempatan yang diberi sebaik-baiknya. jangan kira awal tahun ke, pertengahan tahun ke.. akhir tahun ke.. asal hal baik, boleh mulakan.. maka mulakan.
Langkah pertama tidak kira masa. Paling penting semangat dalam lakukan sesuatu niat yang baik. Baik untuk diri sendiri dan moga baiknya itu boleh dirasai oleh orang lain juga. Aamiin.
NOTA PC : Ada rasa gembira dan rasa sedih yang bercampur dalam hati pc. In sya Allah nanti nukilkan diblog ini.
Tags:
Santai
Dah nak hujung tahun kan.. semoga Allah rezekinya nikmat dan rahmatNya kepada kita semua.
BalasPadamSemoga Allah permudahkan urusan kak PC. Setiap hari adalah peluang untuk permulaan baru kan..
BalasPadamSekejap je masa sekarang nie kan PC. Bulan November nie bulan kelahiran Kak Sue PC..
BalasPadam