ROTI | Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. GANDUM bahan utamanya. Ada yang 100% tolak dan tidak sentih roti kerana mahu berdiet. Ada yang tak boleh tak makan roti. Satu kemestian.
Ada beberapa jenis makanan perlu ada untuk PC terus fokus atau kata lainnya elakkan mengantuk waktu ngadap blog. Salah satunya roti. Lain-lain tu macam gula-gula. Kerepek. Agak-agak lemau je.. ha kunyah la apa lagi. Ala kadar. Bukan sampai kenyang pun.
Kalau babah, arwah mama.. mereka lebih suka roti potong tu.. makan dengan kari atau kuah sup letak sambal kicap. Daun sup lebih. Roti yang berinti atau berperisa kurang gemar.
Bila sebut roti mula la ingat puding roti.. adoii. Bila roti dah dekat tarikh expired mulalah dilenyek buat kulit karipap. Kadang sapu mentega, tabur gula bakar sampai garing.
Sesekali makan roti OK je. Selalu PC rasa OK bagi orang yang tak ada masalah kesihatan. Kalau sebaliknya.. bersederhanalah.
NOTA PC : Rasa nak makan sandwich la pulak.
Tags:
Santai Peribadi
Kita hari2 makan roti, hihi.
BalasPadamKak Sue memang suka makan roti. Tak makan nasi pun tak apa kalau ada roti..
BalasPadam