SELALU TERLUPA BILA INGAT ISTIGHFAR

SELALU TERLUPA BILA INGAT ISTIGHFAR | Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. BUKAN SEBAGAI MANUSIA BIASA ITU dijadikan alasan. Tapi memang hakikatnya begitu. PC tak mengata orang lain. Diri sendiri pun selalu terlupa.

Terlupa pada perkara atau urusan harian itu selalu. Kadang terlupa gitu je. Eh, kejap lagi ingat. Maklumlah faktor usia barangkali. Kalau banyak fikir, letih sangat atau tidak sihat pun ya juga. Terlupa itu ini. Susah juga nak elak.

Terlupa ni bahaya. Sungguh. Lagi kalau libatkan orang lain. Janji ke. Urusan apa ke. Fuhh. Bukan diri sendiri je susah. Orang lain tu pun sekali jadi susah. Tak semua orang boleh terima istilah 'ter' tu. 'Ter' tu kalau tak silap PC bawa maksud tidak disengajakan.

SELALU TERLUPA BILA INGAT ISTIGHFAR

Tak mampu ingat semua perkara. Banyak-banyak jadi tepu otak. Muntah juga. Tu yang datang sakit kepala. Migraine. Bad mood. Maka terlupalah. Bila terlupa.. dah ingat semula.. istighfar banyak-banyak.

Lebih-lebih lagi bila terlupa bahawa itu hal tak baik atau tak betul dan salah.. tapi kita buat.. bila sedar, lagilah kena istighfar dan taubat sungguh-sungguh. 

NOTA PC  : Hal kurang baik.. sakitkan hati elok juga terlupa.
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama