SERAH PADA ALLAH HATI DAN FIKIRAN JADI RINGAN

SERAH PADA ALLAH HATI DAN FIKIRAN JADI RINGAN | Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. RUNGSING kadang fikirkan urusan dunia. Urusan dengan sesama manusia. urusan yang perlu diurus. Kadang boleh baea jadi tekanan kan. Tak semua orang boleh bawa santai semua hal. Mungkin sesetengah orang boleh santai-santai saja. Chill. Relax. Ada yang gelabah.

Sampai migrain berfikir. Belum lagi la jantung berdenyut kencang. Hati berdebar-debar. Kadang tu boleh tahap overthinking dibuatnya. Begitu begini. Sebarang kemungkinan dibayangkan. Sampai jadi takut sendiri. Rasa serabut sendiri juga. Kusut masai jadinya ya. Itu biasa yang perlu ditukar. Termasuklah pc pun.

SERAH PADA ALLAH HATI DAN FIKIRAN JADI RINGAN
GAMBAR HIASAN

Sedar tak, kadang tak serumit mana pun. Lebih lucunya kadang tu sangat jauh yang hakikatnya dengan apa yang difikir dan dibayangkan oleh kita. Nak bersangka baik dengan Allah tu tak mudah kerana ada rasa kurang yakin, bukan kurang yakin dengan Allah tapi kurang yakin dengan diri sendiri itu yang sebenarnya selalu terjadi. Walhal, sebenarnyakan..

SERAH PADA ALLAH HATI DAN FIKIRAN JADI RINGAN. Sungguh. Percaya dan letak 100% kepercayan kepada Allah. Tapi ada syaratnya. Setelah usaha, doa dan tawakal. Nanti akan ada niai tambah daripada Allah degan apa yang sedang kita buat. Tak kisahlah buat perkara penting atau perkara yang sederhana sahaja.

Serah tu bermakna tawakal. Tawakal ni nak bulatkan hati. Yakin allah akan beri sebaik-baik bantuan kepada kita. Ini yang kadang kita tewas kerana lebih yakin dan harapkan pertolongan manusia. Ini pc sendiri pun selalu buat. Apalah. Dosa je. Okey, kena berubah ni. Mesti. Harap pertolongan daripada Allah nanti Allah hantarlah bantuan DIA. Perantara yang terrrrrrrbak. Aamiin.

NOTA PC  : Alhamdulillah, semoga ada rezeki lagi bertemu Jumaat mendatang.
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama