TIADA TARIKH LUPUT UNTUK DOA

TIADA TARIKH LUPUT UNTUK DOA | Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. SALING MENDOAKAN ITU SATU PELABURAN.

PC selalu percaya doa itu salah satu bentuk pelaburan. Tak kisahlah doa untuk diri sendiri. Doa untuk orang terdekat.. atau doa untuk sesiapa sahaja yang langsung tak dikenali. Doa umum.

Selalu pc ada bahagian. Doa bersasar. Doa umum. Bersasar ni khas. Bila ada hajat. Kalau umum ni biasa-biasa sahaja. Ni PC tau. Orang lain cara masing-masing. Macam solat. Ada istikhrah.. hajat.. taubat.. dhuha.. tahajud. Sebelum kejar yang sunat.. yang wajib bagi settle dulu molek-molek ok. 

TIADA TARIKH LUPUT UNTUK DOA
GAMBAR HIASAN

TIADA TARIKH LUPUT UNTUK DOA. Bukan macam makanan.. ubat-ubatan dan lainnya ada tarikh luput. Doa tak ada tarikh luput. Selagi hidup. Selagi mahu. Selagi niat mahu berdoa dan mendoakan.. boleh. Teruskan. Tulus. 

PC juga sentiasa percaya, walau orang yang mendoakan pc dah tak ada sekalipun, Allah tak padam dan tak buang doa-doa itu. Cuma bila Allah tunaikan itu yang PC tak tahu.

NOTA PC : bila ziarah ke pusara mama.. PC tetap bicara.. minta mama terus doakan PC dari sana.
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama