DI MANA SILAPNYA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Sesuatu yang terjadi bila kita tidak mahu ianya terjadi itu yang sering menimbulkan banyak dan pelbagai pertanyaan. Pada diri sendiri. Pertanyaan daripada orang lain kepada kita juga. Kalau diri sendiri pun tertanya-tanya apatah lagi orang lain, justeru berganda-ganda rasa ingin tahunya. Tidak masalah kalau yang terjadi perkara yang menyenangkan hati dan fikiran kita dan orang lain.
Tetapi tidak pada masalah atau apa sahaja perkara lain yang kurang senang untuk diterima. Walau sebenarnya tidak boleh terlalu mempertikai tetapi naluri manusia biasa, termasuklah PC juga, soalan demi soalan, tentu sahaja berputar-putar difikiran dan tidak tenang hati juga dibuatnya. tak gitu.
Bila timbul masalah. Bila terjadi sesuatu hal, di mana silapnya. Soalan ini menjadi salah satu pertanyaan terbesar juga dan agak sukar untuk dijawab dan dijelaskan kerana tidak semua yang terjadi mudah untuk dijelaskan secara lengkap dan terbuka. Pertanyaan di mana silapnya ada baik dan buruknya.
Baiknya kita akan perhalusi satu persatu mencari mana yang kurang dan perlu diperbaiki. Namun seiring itu buruknya juga tidak kurang hebatnya kerana bila di mana silapnya yang dipertanyakan, akan menimbulkan pelbagai persepsi yang tidak baik. Akan mulaalh juga masing-masing dengan senang hati menuding sana sini menjaci kesalah orang lain. Lebih bahaya sebenarnya.
Ingat, dalam pada menuding jari kalau betul itu mengaibkan, kalau tidak betul itu memfitnah. Menutup aib bukan bererti bersubahat atau melindungi. Sedangkan aib kita sendiri pun Allah swt larang untuk kita hebah dan hebohkan kepada orang lain dan umum.
Di mana silapnya. Tunjuk diri sendiri dahulu. Kemaskini diri sendiri terlebih dahulu dengan Tuhan. Kemudian cari mana yang patut untuk diperbaiki dan diperbetulkan dengan minta bantuan Tuhan. kalau memang kita tak kacau orang, kalau kita memang jenis jaga hal dan diri masing-masing, jika rasa tersakiti atau sengaja disakiti, percaya Tuhan tidak pernah tidur untuk menyaksikan segala-galanya.
NOTA PC : sedar diri dulu
Tags:
Santai