DISEMBER 2022 DUA BELAS PER DUA BELAS | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. HALAMAN BAHARU DIKALENDAR 2022. Bulan terakhir untuk tahun ini. MasyaAllah. Alhamdulillah. 31 hari. Bila dihitung nanti rasa banyak dan lama jadi biarkan sahaja. Pasti akan dirasakan pantas hingga ke hujungnya.
Hujung tahun biasanya menjadi kesimpulan dan pembentangan banyak hal dalam segenap apa yang direncanakan sepanjang satu tahun. Hujung tahun nilah hitung menghitung. semak meyemak. Kaji mengkaji. Nilai menilai. Ada yang perlu ditambah dan ada juga yang mesti ditolak untuk tahun 2023 yang dah tak lama lagi pun.
Cuti sekolah pun bakal bermula. Tak mustahil hujung tahun cuti sekolah panjang ni, ibu bapa pun cuti juga. Dan biasanya waktu macam ni lah ada banyak majlis. Untuk bulan 12 ni pun pc dah ada dua undangan majlis perkahwinan. Hihihi. In sya Allah, sihat, tak ada halangan pergilah kami memenuhi undangan.
Dulu duduk jauh, susah sikit nak jumpa saudara mara.. kawan-kawan. Ni bila dah balik kampung, cuti sekolah mudah sikitlah nak jumpa anak-anak buah. Nak luang masa dengan keluarga lebih tak ada masalah. In sya Allah. Aamiin.
Selagi ada umur.. teruskan buat perkara baik ya. walau dah hujung tahun janganlah rasa terlambat ke apa. Teruskan. Buat. Jangan rasa jatuh dengan waktu yang akan terus berlalu. Bissmillah.
NOTA PC : masuk bulan Disember dah kita
Tags:
Santai
waalaikumsalam PC, bulan terakhir kalendar Masihi kita,banyak kisah yang telah dilalui ...
BalasPadam