KEROPOK LOSONG | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum semua. Hihi. REZEKI SENTIASA ADA. Cuma ada untuk kita atau tidak. Mungkin rezeki kita tapi belum rezeki orang lain. Dan sebaliknya, rezeki orang lain, bukan rezeki kita. Gitu.
NOTA PC : Sedap keropok losong bila banyak isi ikan berbanding tepung. Katagih syok makan.
Alhamdulillah pemberian daripada jiran. Kadang en suami kirim kawan dia. Tapi kali ni belum sempat nak kirim kawan, jiran dah beri. Syukur sangat-sangat.
Keropok lekor ke, losong ke, suka je. Tapi lebih suka losong. Kadang makan dengan nasi. Pun sedap juga. PC pun ada kawan yang ngaja suruh cuba makan dengan nasi. Fuhhh. Ngam pulak dengan tekak.
Ada yang sedap. Ada yang kurang sedap. Biasalah tu kann. Manusia yang buat. Air tangan orangkan tak sama. Walau guna resepi yang serupa.
Bancuh air kopi, milo dan teh.. terpulang nak pilih yang mana. Tapi gandingkan dengan keropok losong. Amboi. Berpeluh kita.
Rezeki kadang selalu. Kadang sesekali. Itulah rezeki namanya. Semuanya atas aturan dan usaha kita. Semoga setiap rezeki yang kita terima menjadi darah daging yang baik. Aamiin.
Tags:
Santai Peribadi
SA suka..kat rumah ada orang menjual datang ngan kereta...every week ada...memang selalu gak beli...
BalasPadamSedapnya buat minum petang. Keropok Losong tu keropok lekor juga.. Losong tu nama kampung yang kebanyakan penduduk usahakan bisnes keropok lekor. Jadi keropok lekor yang dari Losong dipanggil keropok Losong.
BalasPadam