NYATA DAN KENANGAN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum semua. DI AKHIRAT nanti hanya ada dua kediaman terakhir kita. Kecundang dititian sirat yang di bawahnya api neraka kemudian jatuh ke dalam neraka, atau melintas lancar atas titian sirat terus menuju ke pintu-pintu syurga untuk dihuni kekal selama-lamanya di sana. Itu di akhirat. Kehidupannya nanti.
Macam mana di dunia?..
Tetapi sekarang, semasa masih hidup di dunia ini, bagi pendapat PC, corak kehidupan juga terbahagi kepada dua yang dua-duanya bersama-sama. Nyata dan kenangan. Kedua-duanya biasanya akan jalan seiring. Manusia tidak boleh hidup dengan hal yang nyata sahaja dan manusia tidak boleh hidup dengan kenangan sahaja.
Kenangan mungkin ada yang boleh dibuang atau dilupakan namun tidak mungkin semuanya. Akan ada masa-masanya kenangan itu mendekat dan sangat-sangat jelas pada ingatan dan perasaan. Tak kiralah kenangan yang terlajak manisnya atau yang tersangat pahitnya.
Apatah lagi nyata menghadapi kehidupan. Memang kita sentiasa setiap hari berhadapan dan menempuh hal yang nyata. Suka atau tidak suka. Selesa atau sebaliknya. Nyata tetap perlu dihadam dengan sebolehnya oleh fikiran dan hati kita. Walau kadang tu berat sangat. Macam tak mampu tapi Allah SWT tahu kita berdaya justeru itu DIA hantarkan kepada kita untuk menghadapi. Allahu. AllahuAkbar
Nyata dan kenangan. Dalam nyata ada kenangan. Menjadi kenangan itu apabila yang nyata sudah terjadi dan berlalu. Kedua-duanya akan terus berlaku. Sehingga nanti ajal tiba.
NOTA PC : seiring sejalan
Tags:
Santai
Jangan suka mengusik jiwa dengan kenangan.
BalasPadam