PENERIMAAN

PENERIMAAN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. ADA BANYAK bentuk dan cara atau gaya penerimaan. Bukan cuma sesama manusia dan makhluk tetap dengan Allah swt juga. Ada banyak versinya. Cuma PC nak ulas menurut sudut pandang mengenai penerimaan sesama manusia juga makhluk lain disekitar kita baik itu nyata atau sebaliknya.

Penerimaan sesama makhluk. Kadang ada rasa sakit hati sangat-sangat. Ada rasa sedih dan terkilan sangat-sangat dengan perangai manusia yang negatif penerimaan terhadap haiwan terutamanya. Semua sedia maklum ada je kan kes bunuh haiwan dengan sengaja. Walhal haiwan tu tak kacau pun. Tak cuit awak pun. Lainlah kalau awak diserang atau ada potensi untuk diserang. Awak boleh pertahankan diri. Mahu tidak mahu mungkin haiwan tersebut entah apa pun itu terpaksa dicederakan. Itu pun dalam keadaan TERDESAK. Kalau sengaja itu ZALIM. Faham tak?

Hidup ini berdampingan. Mahu tidak mahu. Di dunia. Di alam barzakh. Di langit. Bawah, tengah-tengah dan atas. Di dunia, di alam ini tidak semuanya kita mampu lihat dengan mata kasar. Tidak mampu dilihat dengan mata kasar itu bukan bererti tidak ada. Malaikat, jin, syaitan, iblis ada dan memang Allah swt cipta. Cuma tidak semua orang mampu melihat akan wujudnya. Kecuali dengan izin Allah. Insan-insan terpilih yang istimewa Allah rezekikan untuknya melihat suatu yang ada tetapi tidak dapat dilihat dengan mudah. Ada orang percaya akan hal ini. Ada orang tidak percaya lansung kerana dia lebih kepada logik akal dan psikologi. Satu hal, percaya kepada Malaikat itu termasuk rukun Iman. Hati-hati OK.

PENERIMAAN

Penerimaan sesama insan. Sesama manusia. Kena siap-siap set, setiap orang ada bawaan diri masing-masing. Ada prinsip tidak sama. Mudahnya, Allah swt cipta kita ni tak sama. Ada perbezaannya. Walau sedikit. Walau sesama adik-beradik. Ada beza. Jangan harap orang lain boleh kita acuankan macam mana yang kita nak. Kita sendiri pun mesti tak suka orang lain acuankan kita. Mesti rasa bengang je kalau dipaksa-paksa. Penerimaan itu penting. Terima apa adanya tapi tidak la sampai hal buruk atau tidak baik pun tak boleh diubah. Jangan pulak claims "kan terima apa adanya".. betul, tapi kalau benda tu boleh ubah, maka ubahlah jadi lebih baik.

Satu proses yang panjang. Itulah penerimaan. Ada banyak perspektif yang biasanya diambil kira. Hati kita ni adakala muda menerima. Eh, kadang menolak juga. Jangan sampai terpaksa kerana nanti timbul pula masalah tekanan.

NOTA PC
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama