POWER OF DOA IBU | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum semua. BETUL KE POWER?. Untuk orang lain barangkali tidak atau biasa-biasa, tapi tidak bagi PC. Bagi PC seorang ibu itu ada keistimewaan yang Allah SWT beri padanya, luar bidang kuasa anak-anak untuk menafikannya. Ibumu, ibumu, ibumu, bapamu.
Dulu PC menyaksikan nyai meninggal, kemudian atok dan nenek. Banyak yang PC lihat kerana PC meniti usia kanak-kanak, remaja seterusnya dewasa bersama-sama mereka. Jai'e meninggal PC kecil lagi lebih kurang umur 2 ke 3 tahun.
Waktu mereka masih ada rasa lain. Setelah mereka tiada lainnya tu boleh dirasai tapi tak ada kat yang sesuai untuk jadikan terjemahkan. Kemudian PC berkahwin, atok perempuan belah encik suami meninggal. Pun sama. Suasananya jadi berbeza.
Sehinggalah mama yang PC sayangi, rindui dan hormati kembali kepada PenciptaNYA. Kali ini menjadi satu tamparan hebat untuk PC dan keluarga kecil kami. Kalau PC rasa terburuk apatah lagi babah.
PC kehilangan DOA seorang ibu. Doa daripada seorang ibu yang melahirkan. Menyusukan. Menyuapkan makan minum. Mandikan. Segala-galanya. Paling terasa doanya. Sungguh. Sebagai anak selain minta dengan Allah SWT, kita minta dengan ibu. Minta doa-doanya. Kalau diri sendiri minta dengan Allah mungkin terasa lambat, cuba minta dengan Allah tapi melalui ibu kita in sha Allah cepat. Percayalah. Ini yang PC rasa ada yang kurang dihidupkan PC setelah mama tiada.
POWER OF DOA IBU itu nyata. Berlaku. Suami isteri diikat akad. Anak dengan ibu dan bapanya perkongsian darah daging. Jangan main-main dengan doa seorang ibu. Selagi ada minta selalu ibu doakan kita. Dan setelah ibu kita tiada tolong doakan untuknya semula. Jadikan POWER OF DOA ANAK SOLEH DAN SOLEHAH.
NOTA PC : rindu tak terjemah
Tags:
Santai
Al-Fatihah buat arwah mama kak PC. Rasa sedih pulak kenangkan saya hilang doa ibu seawal umur 1 tahun
BalasPadam