SALING MENGUATKAN

SALING MENGUATKAN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. HIDUP SALING MEMERLUKAN. Mahu tidak mahu begitulah hakikat hidup. Masih hidup kita perlukan orang lain. Setelah mati pun kita tetap memerlukan bantuan orang juga selain ganjaran setiap amal kebaikkan yang telah kita lakukan dan perolehi. 

Bila manusia rapuh hati dan fikirannya?. Ketika sedih, marah, kecewa, gagal dab ketika terlalu gembira. Biasanya berdoa, bila ditimpa musibah, bila sedih kehilangan atau ditinggalkan, waktu sedih kecewa.. itulah waktu yang selalu dipesan kena ingat Allah sentiasa. Eh, waktu gembira bahagia pun kena ingat Allah swt juga. Bersyukur jangan kufur nikmat.

SALING MENGUATKAN

Saling menguatkan. Kadang manusia tidak mengharapkan sangat bantuan dalam bentuk kebendaan, apa yang didambakan adalah kata-kata semangat untuk saling menguatkan. Ikut situasi. Kena cakna dengan keadaan apa yang diperlukan saat itu dan masa akan datang. Bantuan kebendaan itu perlu, saling menguatkan itu lebih-lebih petlu dan diperlukan.

Mental dan emosi yang terganggu dan memendam rasa. Meredam rasa itu tidak mudah kalau tidak betul-betul kuat. Macam-macam boleh dilakukan dan berlaku. Sungguh. Bangkitnya individu dengan banyak sebab atau alasan. Bagi PC salah satu alasan besar dan kuat adalah peranan orang terdekat dan orang sekeliling yang sentiasa dan saling menguatkan.

Kalau ada yang kata saling menguatkan itu perkara mudah. Tidak bagi PC. Lebih-lebih lagi bila sama-sama sedang melalui detik berat yang sama. PC sendiri rasai situasi ini bila mama tiada. PC dan babah kami saling menguatkan. Sama-sama ditinggalkan. Sama-sama merawat hati yang sedih. Cabaran mental dan emosi. Macam mana nak biasakan diri. Macam mana nak hidup dengan kenangan tidak lagi realiti bersama-sama mama untuk PC dan isteri bagi babah. Babah sedih tapi kuatkan PC dengan kata-kata semangat. PC rasa jatuh tetap bagitahu babah yang PC baik-baik sahaja. 

Setiap yang hidup bernyawa pasti mati.  Semua tahu. Semua faham. Tetapi bila tiba waktunya, kita lalui hakikat yang "hidup bernyawa pasti mati" itu, dirasakan alam ini hancur. Benarlah kematian itu digelar kiamat kecil. Allahu. AllahuAkbar. Tentunya sesuatu yang hancur mengambil waktu yang lama untuk pulih kembali. Justeru itu saling menguatkan itu SANGAT PENTING.

NOTA PC : buang rasa yang menjadi racun
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama