SEBIJI BUAH NONA TERSELINDUNG

SEBIJI BUAH NONA TERSELINDUNG | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum semua. Hihi. Eh, ada buah nonalah sebiji. Sebenarnya ini buah kedua. Kali kedua berbuah pokok nona ni. Setiap kali berbuah memang cuma sebiji setakat ni. Tulah yang mak mertua PC cakap. Hihi..

Sekali imbas tak perasan pun sebenarnya. Lagilah bila PC tak pakai cermin mata. Semua kabur. Silap-silap tiang pun dilanggar je. Jalan-jalan kat laman mak.. pusing keliling rumah.. tu yang ternampak ada buah nona. Rasanya lama sangat tak makan buah nona. Susah juga nak jumpa. Kalau ada pun mahal harganya.  


Zaman PC kecil, boleh dikatakan kerap sangat makan buah nona ni. Sebab kawan kerja dan merangkap kawan baik babah tanam pokok nona ni banyak sekeliling rumah dia. Berbangsa Cina. PC panggil uncle A Seng. Hehe. Besar-besar. Manis. Wangi. Nikmat.

Kata babah, sementara ada rezeki, syukuri. Makan sebab nanti bila dah tua belum tentu kita ada rezeki nak makan lagi buah nona ni. Mungkin ada je cuma bukan rezeki dan tak disekitar kitakan..

SEBIJI BUAH NONA TERSELINDUNG. Kadang banyak biji pun boleh je terselindung. Lagilah warnanya yang sama dengan daun tu kan.. tak perasan pada pandangan mata kita. Tau tau dah masak. Dan wangi je. Citarasa orang tak sama. Ada yang suka. Ada yang tak suka. Pilihan.

NOTA PC  : Menghargai rezeki
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Alhamdulillah rezeki terselindung kena rajin selak2

    BalasPadam
  2. Aalhamdulillah rezeki kan..SA suka buah nona..beli yang dari luar la..vietnam...beli kat MBG memang mahal la harganya...tapi puas makan sebab SA makan sorang...yg lain x suka...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama