SECAWAN KOPI BERJELA CERITA

SECAWAN KOPI BERJELA CERITA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum semua. Hihi. MINUM KOPI PENING, minum teh kembung. Minum milo ok. Maka PC pun minum milo.

Memang daripada kecil minum air milo. Tapi datang rasa ingin yang ganas, kembung ke, pening ke, tolak tepi. Lepas minum, tanggung akibat terus rasa taubat tauhu sumbat sambal kicap. Hilang pedas makan lagi dan lagi.

SECAWAN KOPI BERJELA CERITA
SECAWAN KOPI BERJELA CERITA

Ngeteh. Ngopi. Bahasa biasa. Dikota, di desa begitulah gaya bahasanya. Yok ngeteh. Jom ngopi. Bahasa santai. Kalau dulu mungkin cuma orang tua-tua. Tapi sekarang anak muda pun pandai ngopi ngeteh. Anak kecil pun ada yang dah pandai ngopi ngeteh juga. Amik kauuu.

Secawan kopi, sembang berjela. Ada yang minitab je. Ada yang berjam-jam. Tengok oranglah macam mana. Tengok juga topik perbualannya apa masa tu. Topis suam-suam kuku. Atau topik panas berapi.

Tak kiralah di mana pun. Tetap mesti jaga batas. Tetap mesti letakkan had yang paling wajar. Jangan langgar semacam. Walau tak secawan kopi. Tetap kena hati-hati. Hati-hati semasa bersembang. Tak ada sembang kosong kerana kata-kata itu doa. 

NOTA PC  : Tiba-tiba terfikir buah durian
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama