SEDERHANA DAN SEMPURNA SELAYAKNYA

SEDERHANA DAN SEMPURNA SELAYAKNYA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum semua. Hihi. DI MANA  pun sahabat blogger  berada semoga sentiasa di bawah lembayung rahmat Allah swt. Aamiin. 

PC masih rasa penat badan lagi. Serius. Mengemas pindah berhari-hari.. siang malam pagi petang, masa mengemas tak ada rasa apa-apa pun badan, tapi selepas tu haaaa. Amik kau. Urat tegang. Badan lenguh-lenguh. Fuhhh padu. Pekej. 
SEDERHANA DAN SEMPURNA SELAYAKNYA
SEDERHANA DAN SEMPURNA SELAYAKNYA

PAKEJ HIDUP. Memang Allah swt dah sediakan dan akan beri. Apa yang akan diberi tu, berdasarkan usaha dan doa kita, lagi satu beri atas takdir dan qada qadar yang tetap. Itu, maka itulah. 

Kalau boleh ambillah yang tengah-tengah. SEDERHANA DAN SEMPURNA SELAYAKNYA. Ini yang PC cuba nak buat. Nak biasakan. Nak lentur hati dan fikiran. Nak acuan yang baharu. 

Tak mudah. Bukan senang nak sederhana. Cakap senang. Nak lawan dengan nafsu bukan senang. Selalu je tewas. Kalau masih ada rasa nak lebih sentiasa itu belum sederhana jadi pilihan. Nak lebih sentiasa dengan nak lebih je ni lain. Bagi PC tau.. tau. Nak lebih ni tak mendesak sangat. Tapi kalau nak lebih sentiasa boleh jadi macam tak boleh di bawah langsung gitulah.

Sempurna bukan kita hamba. Sempurna itu milik DIA sampai bila-bila.  Kita cuma mampu capai sempurna selayaknya saja. Selayaknya kita sebagai hamba-hambaNya. Tidak melangkaui batas. Jangan tertinggal terlalu jauh. 

SEDERHANA DAN SEMPURNA SELAYAKNYA. Moga wasatiah di dunia sempurna di akhirat kita genggam. Aamiin.

NOTA PC  : duduk bawah pokok sambil makan mamee
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. betul tu cakap senang tp.nk.ikut susah. Nafsu nak segalanya

    BalasPadam
  2. Kalau penat, rehat PC jgn paksa diri, bahagia itu kita yg cipta... xpelah pun biar bersederhana

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama