ADA PROSES TIDAK SEKELIP MATA

ADA PROSES TIDAK SEKELIP MATA | Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. ALLAH SWT CIPTA sesuatu bersebab dan dengan caranya tersendiri. Kita hambanya menerima setiap satunya melalui proses ikut sesuai dan layak DARINYA.


ADA PROSES TIDAK SEKELIP MATA. PC percaya setiap apa pun yang terjadi ada prosesnya. Kadangkala cuma kita yang tak perasan akan hal tersebut. Bila dah dapat atau bila dah rasai dan bila dah terjadi, baharulah kita terfikir dan sedar..  ooo ini rupanya.. macam ni rupanya.

Tidak sekelip mata. Bila ada proses bermakna tidak sekelip mata. Kalau rasa sekelip mata tu, sebenarnya tetap je ada prosesnya yang mungkin cuma kita tak tahu.

Merintis proses itu tidak mudah. Di dalamnya ada kenangan pahit. Ada kenangan manis. Ada jatuh dan terluka. Ada bangkit dan ketawa bahagia.  Ada macam-macam. Pelbagai lika liku. 

Kalau hari ini tengok orang menikmati apa yang dia ada, boleh jadi satu masa dulu dia dah mewah dengan merana dalam hidupnya. Doakan. Kalau kita empati tengok orang dengan nasibnya, boleh jadi itu akibat dan proses yang sedang dia lalui juga. Pun doakan.

Hidup berproses. Jangan ulang dan teruskan silap yang serupa.

NOTA PC  : ada perlu laju dan pantas tak kurang perlahan-lahan tapi pasti
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama