CARI DAN CIPTA KETENANGAN | Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. JALAN-JALAN SESEKALI. Sangat-sangat perlu. Beri hati dan fikiran rasa segar dan tenang. Kadang tepu juga. Tak perlu jauh-jauh atau mahal-mahal pun. Sederhana itu indah dan sweet juga sebenarnya. Alahaiii.
Carilah ketenangan. Memang kena cari. Cari ketenangan yang tidak berbahaya kepada diri sendiri dan orang lain. Tidak ganggu atau susahkan orang lain juga. Boleh jadi santai ditepi pantai. Pergi makan di tempat yang best ke. Ada banyakkan..
Kalau rasa malas nak cari.. cipta. Cipta ni ikut diri sendiri. Selesanya macam mana. Contoh.. cipta ketenangan bagi PC, baca Al Quran. Ada masa baca semuka sahaja. Kadang satu juz sekali duduk. PC cipta rasa tenang tu macam mana. Paling penting ada rasa tenang dan happy.
Cari dan cipta rasa ketenangan. Pastikan cari dan cipta untuk dua kehidupan. Dunia ya, akhirat pun ya. Abadinya di akhirat nanti. Cari reda di dunia, harap rahmat dan syafaat di akhirat. Carilah.
Jangan kita jadi punca orang rasa tak tenang.
NOTA PC : jangan kacau orang nanti hidup tak tenang
Tags:
Santai Peribadi
menulis juga boleh bagi ketenangan
BalasPadamMacam2 cara asalkan tidak ganggu ketenangan orang lain.
BalasPadam