PADA WAKTU YANG TEPAT | Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. TIDAK SEMUA orang faham bahawa takdir ada kaitan dengan waktu. Waktu yang pemiliknya adalah Allah SWT.
Jangkaan atau anggaran. Memang manusia boleh beri dan boleh sebut. Tapi yang paling TEPAT pada sesuatu yang tidak pasti itu semua atas tetapan waktu DARI-NYA. Bila bunga mahu kembang dan bila daun keringnya berguguran itu pun akan terjadi pada waktu yang TEPAT.
Pada waktu yang TEPAT akan lancar. Apa pun itu pada waktunya in sha Allah jadi atau berlaku. Kalau lancar maka lancarlah. Kalau tergendala maka tergendalalah. Jika gembira maka gembira bahagialah. Kalau sedih berduka maka menangis kesedihan la.
PADA WAKTU YANG TEPAT Allah akan memberi atau mengambil. Mencipta atau tidak mencipta. Mengizini atau menangguhnya terlebih dahulu. Melancarkan atau menyekat.
Garis waktu berbeza. Kadang tidak ada daya untuk menjawab semua persoalan sesama insane kerana apabila tersilap menjawab boleh jadi selah mendahului Tuhan. Ada masanya, diam itu lebih baik.
NOTA PC : daya hamba tersangat terhad
Tags:
Santai Peribadi
janji-Nya pasti
BalasPadamAllah penentu segala2nya
BalasPadam