PANTANG LARANG WAKTU SENJA

PANTANG LARANG WAKTU SENJA | Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. CORAK DAN CARA PEMIKIRAN moden salah satu sebab menolak banyak nasihat atau tegahan orang tua dulu-dulu.. yang sebenarnya bagi PC ada kebaikkannya juga.

BUKAN SEMUA MENGARUT. ENTAH, bagi PC, tak semua pesanan atau tegahan dan pantang larang orang tua dulu-dulu tu mengarut. Tak wajar juga kalau terus dibuang. Bagi PC ada baik dan betulnya cuma mungkin cara penyampaiannya berbeza dan terlalu halus.

Salah satu yang masih PC percaya dan pegang adalah pantang larang waktu senja. Belah babah terutamanya. Sumpah. Kalau arwah nyaie PC, tak kiralah anak dia, menantu dia, apatah lagi cucu dia, kau beranilah berlegar kat luar rumah waktu senja.. kau memang cari pasal. Kecuali MEMANG ADA URUSAN TAK BOLEH ELAK. Kalau nak suka-suka.. haaaaa menangis jawabnya.

Banyak jangan dan tak bolehnya waktu senja. Tak boleh berlegar di luar rumah tu pertama. Jangan hidupkan radio dan tv. Pastikan semua dah beres mandi. Tapi bila difikir balik, BETULLAH. Senja, waktu nak solat maghribkan. Kena hormatlah. Lebih-lebih lagi kadang jalan sibukkan. Ramai yang baru balik kerja. Atau baharu nak pergi kerja juga.

Eloknya sebelum senja tu dah ada dalam rumah la. Dimensi lain pun mereka ada aktiviti mereka sendiri juga. Kita ni stand by solat. Mengaji itu yang sebaik-baiknya la. Aamiin.

NOTA PC  : jangan rasa betul nanti banyak yang tak betul terserlah
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama