SELAMAT TAHUN BAHARU 2023 HALAMAN JANUARI

SELAMAT TAHUN BAHARU 2023 HALAMAN JANUARI | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. ALHAMDULILLAH. SYUKUR. Allah masih izin PC merasai melangkah ke tahun 2023. Sangat-sangat besar perbezaannya.

Sebelum lanjut, PC ucapkan selamat tahun baharu 2023 kepada semua sahabat blogger yang sentiasa sudi singgah diblog PC yang tak seberapa ni. TERIMA KASIH sangat-sangat  menghidupkan blog PC. MasyaAllah. Tabarakallah. 

SELAMAT TAHUN BAHARU 2023 HALAMAN JANUARI

TAHUN BAHARU. AZAM BAHARU. Begitulah lazimnya. Kalau tak ada azam baharu pun tak apa. Boleh jadi nak teruskan azam tahun sudah yang masih belum terlaksana. Mengapa tidak?. Tak jadi masalah. Kemudian nanti tambah dengan azam yang lain dan baharu. 

Masuk bulan kelapan mama pergi. Masuk bulan kedua PC balik kampung. Tentu ada perubahan besar. Ada rasa yang susah nak diungkapkan. Tapi boleh dirasai. Rindu yang mencengkam. 

Buktikan lebih baik daripada banyak lisannya. Betullah tu. PC cuma nak betkongsi sikit-sikit harapan PC untuk  tahun 2023 ni.

Untuk PC peribadi, harap PC istiqhomah dalam perkara yang baik. Selalu berusaha positif dalam segenap hal, jadi hambaNya, menjadi seorang anak dan isteri. Aamiin.

Untuk PC seorang blogger, mahu lebih kerja keras menjaga blog dan menghasilkan konten yang lebih bermanfaat serta berkualiti isinya. Aamiin.

Tahun baharu masihi. Semoga Allah permudahkan urusan PC dan sahabat semua di dunia hinggalah di akhirat kelak.

NOTA PC : mencabar lawan rasa rindu.. ma, Jua rindu..

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Happy New Year 2023!
    Banyak kenangan 2022 untuk dikenang. semoga kita berjaya dalam kehidupan akan mendatang. insyaAllah

    BalasPadam
  2. Happy new year PC! Semoga tahun ni tahun yang baik baik saja untuk PC dan keluarga! :)

    BalasPadam
  3. Happy New Year 2023 PC. Semoga dipermudahkan semuanya.

    BalasPadam
  4. Selamat tahun baharu 2023
    Semoga dipermudah segala urusan mendatang

    BalasPadam
  5. rindu pd yg da tiada, tu yg perit tu.
    bila rindu, sedekahkan al-fatihah buat bonda ye, PC

    thn ni aida 45 tahun. hati ni kuat nak tunaikan umrah end of this year.
    husband pun dah ajak dah. duit in shaa Allah ada. tiada masalah.
    so, now aida dlm usaha mantapkan diri.
    solat awal waktu - ni nak tambah baik seriously.
    ngaji lebih kerap - kebetulan ramadhan kurang 3 bulan lagi, time to start la. moga dpt khatam sekali lagi.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama