BENARKAH TV BAKAL JAUH DIPINGGIRKAN | Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. TIDAK MUSTAHIL JUGA. Dah ada sejarahnya. Piring hitam. Kaset. Wayang pacak. Mungkin ada banyak lagi juga sebenarnya yang telah jauh dipinggirkan cuma PC yang kurang pengetahuan.
Tidak mustahil selepas ini TV pula bakal menyusul. Menyusul untuk dipinggirkan. Mana tahukan.. kan.. kan.. kan. Rasanya sekarang pun sikit-sikit dah ada bayang-bayangnya.
BENARKAH TV BAKAL JAUH DIPINGGIRKAN. Mencari dan mendapat maklumat, cerita dan berita sekarang ni sangat-sangat mudah. Media sosial sentiasa aktif. Di mana-mana sahaja. Hujung jari. Depan mata.
Bukan tak ada siaran yang best. Bukan tak ada pembaharuan. Sentiasa ada pembaharuan. Ada kretiviti. Saling bersaiang satu sama lain setiap stesen tv. Pasti. Malahan semakin bertambah stesen tv.
Tapi, tidak semua dan tidak ramai yang tertarik terutama anak muda. Anak kecil atau remaja. Kalau sekarang pun ramai yang anti sosial tak kira muda tua.. kerana memilih gadget.. jadi tak mustahil jugakan tv dipinggirkan satu masa nanti. Dulu hitam putih. Kemudian berwarna. Dulu tv besar tebal sekarang tipis kecil. Dulu tekan-tekan, sekarang tekan juga tapi guna remote control.
Nampak tak. Hakikat masa dan zaman.
NOTA PC : kenangan indah untuk dikenang
Tags:
Santai
rasanya tv masih relevan sebab boleh link-kan dari youtube, netflix dsb langsung ke tv.
BalasPadamlama dah xnonton tv...anakcucu dgn gajet masing2
BalasPadam