HUJAN DAN PANAS MACAM SEDIH DAN GEMBIRA

HUJAN DAN PANAS MACAM SEDIH DAN GEMBIRA | Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum wbt. Sekarang kawasan tempat tinggal PC kadang panas berhari-hari. Kadang hujan berhari-hari. Sesekali macam berselang seli dan berbahagi. SubhanaAllah. Pagi hujan lebat sangat-sangat. Eh, berhenti hujan terus panas terik. MasyaAllah. Bukti kekuasaan Allah swt. Kita melihat. Kita menilai dan yakinlah dengan seutuhnya keimanan kepadaNYA.


PC selalu dan suka memerhatikan. Banyak perkara yang terjadi baik pada diri sendiri atau apa yang PC tahu terjadi pada orang lain. Kadang apa yang terjadi pada kita boleh jadi pengajaran pada orang lain dan macam itu jugalah sebaliknya. Apa yang terjadi kepada orang lain boleh jadi garis panduan kepada kita. 

Ibratnya, hujan dan panas ni macam sedih dan gembira. Kila llihat hujan dan panas bersilih ganti. Diri kita sendiri pula rasai saat sedih dan detik gembira. Kadang dalam satu hari pun kita boleh rasa sedih dengan sebab tertentu dan kemudian kita boleh rasa gembira dengan alasan tertentu juga. nampak tak.

Tuhan sediakan bahagiannya. Ada garis masanya yang telah ditetapkan. Sesedih apa pun kita akan ada momen rasa gembira itu terbit entah itu jenaka daripada sekeliling atau apa sahaja memori lucu yang singgah difikiran kita dengan sangat jelas. Macam tu jugalah bila kita rasa gembira, tapi bila Tuhan nak beri kita sedih, akan ada sahaja sebabnya yang kadang luar jangka.

Hujan dan panas. Gembira dan sedih. Bersilih ganti persamaan antara kedua-duanya. Kita lihat. Kita rasai. Semuanya memberi makna dan pengalaman tersendiri. Hujan boleh menjadi banjir. Panas boleh menjadi kemarau. Boleh jadi sedih itu lebih mendekatkan kita dengan Tuhan tidak mustahil gembira buat kita sedikit terleka. Satu, balut semuanya dengan rasa syukur dan sederhana.

Sekian

NOTA PC : HUJAN DAN PANAS MACAM SEDIH DAN GEMBIRA   






PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama