MACAM ORANG TUA JE | Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. TOTE BAG. Kalau PC silap tolong betulkan ya. Entah kenapa PC suka beli beg yang besar. Ada je yang kecil.. bukan tak ada. Cuma rasa terhad nak isi apa-apa keperluan. Lagi satu jenis PC ni pakai sampai habis. Kalau boleh sampai lusuh. Kalau boleh. Tapi kalau perlu beli jugalah walau sedia ada masih elok.
MACAM ORANG TUA. Haah memang dah tua pun. Sedar diri. Habis cerita. Nanti kalau lebih sikit kata tak sedar diri dah tua macam orang muda. Aneh sikap segelintir manusia. Serba serbi tak betul. Adoii. Awak je yang betul elok serba serbinya. Ntah pape.. hihihi. Sabar je laaah.
Pasti tak mampu tutup mulut orang. Pasti juga, citarasa berbeza. Dengar ditelinga. Sakitnya dihati. Lebih sakit hati bila berguni mengata, eh, lepas tu dia pulak beli macam kita punya. Adoii. Nak tua juga ke macam mana.
Jangan benci dan kutuk sangat, nanti suka pula. Begitulah hidup ni. Hidup yang sementara tapi mewah dugaannya untuk kita tempoh dan terima. Kalau garis dan kedut pada muka boleh dihilangkan, tidak dapat juga mengurangi angka pada usia. Tak gitu?
Senyum dan layankan je laaaa.
NOTA PC : suka warna hitam, putih, biru..
Tags:
Santai Peribadi
Mudah saja kiasan PC, sis setuju. Itulah yang kerap berlaku, Komen seperti tak suka, eh beli sama pattern dengan kita tapi tak mengaku tiru kita.. sebaliknya kata kita tiru dia.. hurmmm diam sahaja itu jalan terbaik.
BalasPadamSA setuju...kadang ada je yang tak kena di mata, depan kita mengata, belakang tambah perisa..last2 esok lusa dia beli yang sama...itulah ragam manusia
BalasPadamAda orang suka beg besar, ada orang suka beg kecik. Ikutlah keselesaan masing2.
BalasPadamsaya pun sejak ada anak ni, memang beg besar lah menjadi keutamaan, biarlah orang nak kata apa, asal boleh sumbat barang anak anak sekali. Sekali harung
BalasPadamMrs. A pun lebih suka beg besar sebab memang semua benda nak letak macam poket di perut Doraemon nak apa je semua ada hahahaa
BalasPadam