MENGUNYAH DIPETANG HARI

MENGUNYAH DIPETANG HARI  | Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. Jumaat terakhir dibulan Februari. Sekejap je kan. MasyaAllah. Alhamdulillah. Tengah buat apa tu. Masih lagi diwaktu cuti sekolah.Tapi bagi yang sedang menduduki peperiksaan, ini bukan waktu terbaik untuk rehat. Fokus!

Masih lagi panas terik berselang seli dengan hujan lebat. Maka carilah apa yang boleh dan sesuai untuk dimakan waktu petang.


Pisang Goreng

PISANG GORENG. Susah nak dipisahkan dengan rakyat Malaysia. Dulu sarapan je. Sekarang tak kira masa. Makan panas-panas. Rangup. Puas hati rasanya. Lagi bila ada sambal kicap. Lagilah nikmat. 


Keropok Lekor

Banyak isi daripada tepung. Tak masin. Fuhh memang dicari-cari. Akan jadi keropok lekor kegemaran. Jawabnya ulang beli di tempat yang sama jelah.


Donat Red Velvet 

Entah bila dan siapa yang mula-mula mulakan. Donat Red Velvet. Setakat ni belum jumpa yang ngam dengan tekak. Kadang warna je warna red Velvet. Lebihnya biasa dan sama je. 

Kalau yang sedang berdiet, tengok je. Kalau tak.. boleh la makan sebiji dua. Rezeki. Alhamdulillah. 

NOTA PC  : nikmat makan ramai-ramai
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama