RASA TIDAK BEBAS SUSAH PUASKAN HATI ORANG | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. BEBAS BERSYARAT. Bebas seperti mana disyariatkan. Islam tidak zalim. Tidak menyusahkan pun. Siap Allah bagi rewards lagi.. pahala. Agama yang mengajar kasih sayang. Siapa kata kurang bebas. Siapa kata mengongkong dan kuno. Rasa tidak bebas?. MasyaAllah.
Susah puaskan hati?. Rasa buat itu salah. Buat ini salah. Nak jadi diri sendiri pun salah?. Pun tak boleh?. Memang susah nak puaskan hati orang. Perlu ke puaskan hati orang?. Bila jadi diri sendiri, kan dosa tanggung 1sendiri. Rimas dengan mulut dan pandangan orang?. Jawapannya adalah kerana ditunjukkan tidak kena tempatnya. Dilakukan tidak wajar pada situasi dan statusnya.
Salah ke nak jadi diri sendiri?. Tidak. Boleh je. Tapi mana yang tidak sesuai untuk tontonan umum tu jangan tunjuk. Jangan tayang. In sya Allah tak timbul istilah pening fikir pasal susahnya laaaa nak puaskan hati orang. Orang pun tak sibuk lagi kritik kita je walaupun tetap ada sepisis manusia yang tengok orang lain serba serbi tak kena dan salah je, tapi sekurang-kuranya boleh dikurangkan kuantitinya.
RASA TIDAK BEBAS SUSAH PUASKAN HATI ORANG. Keinginan kita. Kemahuan Tuhan. Ajaran Rasulullah saw. Jangan padankan keinginan kita dengan kemahuan Tuhan. Akan ada banyak kurangnya. Tapi ikut kemahuan Tuhan, kemudian acuankan semula keinginan kita. Gabungkan pula dengan apa yang Rasulullah saw ajarkan.
Sebenarnya tidak terhitung kebebasan yang kita kecapi. Cuma mungkin diri sendiri terlepas pandang. Kalau mungkin merasa bagai beban berhadapan dengan panas dan pedasnya mulut manusia berbicara, tutup dengan diri sendiri perbaiki mana yang mesti seterusnya hindari dan pilihlah jarakkan diri. Ada manusia kata-katanya boleh disantuni, ada juga yang dengar sekadar menghormati kemudian kita harus segera angkat kaki supaya tiada babak yang tidak diingini.
NOTA PC : RASA TIDAK BEBAS SUSAH PUASKAN HATI ORANG.. Jalan jalan dululah..
Tags:
Santai
tu lah memang susah nak puaskan hati semua orang so berbalik kpd apa yg kita nak juga
BalasPadamLifestyle Blog | The Grey Lines Between
gitula lumrah hidup kan.... kadang kita fikrkan diri kita sendiri dulu sebelum pikir psl orang lain
BalasPadam