SAMPAI TAHAP MENYAMPAH

SAMPAI TAHAP MENYAMPAH  | Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. Tengah buat apa tu. Shopping raya ke. Eh, jangan la pelik. Puasa pun belum. Ermmm tak salah pun. Buat persiapan awal Syawal.. nanti Ramadan boleh fokus. Tak gitu. Mana-manalah. Ikut mahu dan mampu. Jangan ikut-ikut orang tau.

Mukhadimah raya la pulak PC ni. Yelah, sebab dah meriah promosi biskut dan baju raya. Fuhhh. Bila kumpul adik beradik.. tema baju raya warna apa. Haa gitu. Sampai tahap menyampah yang tanya dan yang nak jawab. Hahaha. Blank!


Tiba-tiba adik ipar WhatsApp gambar kucing.. mana dapat gambar pun tak tahulah.. dia tau kayak iparnya suka kucing.. kata dia kot la jadi idea nak buat rumah kucing nanti..  haaa yelah. Tengkiu bery mach. Yang ni tak mampu nak menyampah.. 

Sampai tahap menyampah!. Dah kenapa PC oi. Sahabat blogger ada tak lalui situasi macam ni. Sampai tahap menyampah!. Dengan keadaan. Dengan perangai orang. Dengan apa je. Pernah tak. Rasa malas dah nak cakap atau ambil tahu. Gasak laaa situ. Putus asa. Kan dah menyampah!

PC ni mudah je. Selagi PC marah-marah.. bebel-bebel.. beri nasihat.. ha itu tandanya masih peduli. Cakna lagi. Empati lagi. Tapi bila PC diam dan menjarak, maksudnya dah over limits sangat-sangat.  Sampai tahap menyampah la tu. Semoga Allah swt yang tegur atau ubah dengan caraNya. Gitu. Sebel dehhhh guee.

Jangan letak batas pada rasa sabar. Allah swt suka hamba-hambaNya yang sod ba ra.. sabar. Tapi mampunya PC bersabar macam jahit kulit bawang. Boleh ya, boleh tidak. Kadang cantum, kadang makin hancur. Bila menyampah.. nak dengar pun malas. Allahu.

NOTA PC  : tengok dengan pandangan kosong
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Ada jer kadang timbul rasa menyampah, kita manusia biasa kan, bukan sentiasa hatinya baik2.

    BalasPadam
  2. Cerita tentang kucing dan rumah kucing memang tak pernah menyampah PC, malah sis suka..
    Sis kalau dah tahap menyampah memang tak akan ambil peduli dan buat hal sendiri..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama