SUSUNAN | Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. KEMAS DAN TELITI. RAPI. Alhamdulillah. Tak semua orang ada bakat dan minat. Semua dengan izin Allah swt. PC tengok daripada PC kecil. Bertukang dan berkebun. Minatnya memang di situ. Sungguh. Sungguh-sungguh. Babah. Salah satu impian mama mula dibangun sikit-sikit perlahan-lahan. Susunan. Air tangan babah. Dulu PC dengan mama yang bantu,
tapi sekarang,, encik suami yang bantu. Sekali belajar dengan babah.
Kita manusia ada susunan yang kita atur atau mahukan sendiri. Atas kehendak dan impian kita. Satu demi satu kita susun menjadi mungkin satu atau banyak susunan. Boleh jadi terlaksana. Boleh jadi sebaliknya, tidak terlaksana. Banyak kemungkinan.
Allah swt pun ada susunan takdir untuk setiap apa yang DIA cipta, termasuklah kita ni. Ada, susunan takdir yang sangat indah dan terbaik. Kadang PC sendiri pun mendahului susunan sendiri, sedangkan sepatutnya dahulukan dan ambil kira susunan Allah swt terlebih dahulu.
Rapi susunan hamba, lebih kukuh susunan daripada Allah swt. Kuat susunan kita, lebih berganda mantap susunan Allah swt. Susunan kita boleh jadi banyak khilaf dan kurangnya, tapi tidak apa yang telah Allah sediakan susunan untuk kita.
Semoga kita belajar.
NOTA PC : Jumaat. Alhamdulillah panas terik ni..
Tags:
Santai Peribadi
PC pandai berkebun ya mesti menanam selalu hidup je kan
BalasPadam