TANDA BERMULA HIDUP BAHARU | Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. MENCABAR nak tahan daripada air mata gugur. Kalau gugur susah nak tahan, apatah lagi mengalir deras. PC memang kalah. Masuk kawasanya pun dah bertakung air mata tunggu tumpah je. Ini bukan kawasan tanah perkuburan mama, tapi kawasan tanah perkuburan pak uda PC. Abang babah. Bawa babah. Rindu abang dia. Allahu.
Kalaupun tidak bernisan atau berkepok yang mahal, mohon usahakan batu nisannya sentiasa ada dan berada dalam keadaan baik. Dan sentiasa kemas bersih juga. Tak pasti orang lain, tapi ianya sangat penting bagi PC. Sangat-sangat penting.
Sebab;
TANDA BERMULA HIDUP BAHARU bagi yang hidup kemudian kembali ke alam abadi. Yang hidup ada rumah. Ada tempat kediaman untuk diziarahi. Untuk orang datang bertamu dan bertemu, macam tu jugalah yang dah tak ada. Nisan nisan itu jadi tanda. Tanda kasar di dunia untuk mudahkan yang hidup bertamu. Rumah hakikat yang tersirat cuma si mati dan Allah swt saja yang tahu keadaannya bagaimana.
Jangan sampai hilang tanda. Kesian pada yang telah tiada. Sungguh. Nampak sangat tidak dihargai. Kecuali memang ada sebab atau alasan ianya terjadi begitu. Contoh bencana alam dan sebagainya.
Ziarah kubur menginsafkan. Banyak pengajarannya. Ada amarannya. Cuma kita ni sedar atau tidak sahaja akan hal tersebut. Semoga kita semua husnul khotimah. Aamiin.
NOTA PC : insaf dan bersyukur
Tags:
Santai
Setiap kematian, even related atau tidak sanagt- sanagt menginsafkan...
BalasPadam