TINGGALKAN NOTA

TINGGALKAN NOTA | Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. WALAU CUMA SEPATAH KATA.. itu cukup hilangkan rasa risau, resah atau rindu. Bergantung pada situasi. Papan putih ni, babah belikan untuk PC. Zaman sekolah. Gantung di dinding dalam bilik. Alhamdulillah sampai sekarang ada. Elok lagi.


Dulu dalam rumah. Babah catat waktu solat. Sekarang babah letak didinding luar rumah. Mudahkan babah, PC dan sesiapa yang datang. Bila babah ke mana-mana ditulisnya nota. Kalau ada orang datang, kami tak ada.. ada juga nota. Mudah. Sama-sama mudah.

Babah tak ada di rumah. Tapi tak ada nota, haaaa call terus!. Keadaan dah berbeza. Dulu mama ada. Sekarang babah sendiri. Sejak mama tak ada ni, PC ada rasa ketakutan yang susah nak jelaskan.

Biasanya PC akan pesan pada babah, ba.. jangan lupa tulis nota kalau babah nak ke mana-mana,, nanti jua risau. Bila risau mulalah PC nanti nak call je. Sampai dapat. 

Maklumkan lisan. Tinggalkan nota.  Pesanan ringkas. Tak kisah. Mana-mana boleh. Yang penting maklumat diterima dengan baik. Penting ya. Ingat tu.

NOTA PC  : petunjuk untuk rujuk
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama