BANJIR BAKAL BERLALU MENJADI KENANGAN | Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. MENINGGALKAN KESAN MENDALAM. Pasti akan disebut-sebut. Diceritakan kepada anak cucu. Mendengar cerita, tidak sama alami sendiri. Bernilai.
Berada dalam situasi bukan suatu yang menggembirakan. Jauh sekali menyenangkan hati. Serius. Akan banyak yang terkorban dan perlu dilepaskan lebur bersama-sama air banjir yang kian meningkat setiap masa.
Tidak selesa itu pasti. Takut dan cemas itu sudah tentu. Banjir ni bukan main-main. Lebih-lebih lagi kesan selepas banjir. Mungkin sesetengah orang ini sudah biasa sangat. Rutin saban tahun yang harus ditempuh. Tapi tidak semua orang boleh.
Kawasan rumah mertua PC sendiri pun agak teruk. Alhamdulillah nya air tak masuk dalam rumah. Hampir. Tanaman banyak mati. Paling menyeramkan ada banyak ular berbisa disekitar kebun abah. Tak senang hati abah nak ke kebun. Allahu. Terkini ada ular tedung. Ya Allah. Sebelum tu ada ular sawa.
Psikologi biasanya terganggu. Memang tidak begitu serius, tapi bila dengar hujan lebat dan berpanjangan je, hati mula gelisah. Peluh dahi. BANJIR BAKAL BERLALU MENJADI KENANGAN untuk kita semua yang terlibat.
NOTA PC : memerang berenang gembira dalam parit
Tags:
Santai Peribadi
Kita kalau tikus pun dah rasa terganggu apa lagila ular. Semoga abah PC dilindungi dari bahaya.
BalasPadam