DI MANA TEMPATNYA | Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. HITUNG punya hitung tidakkan terhitung nikmat yang telah Allah pinjamkan kepada PC. Alhamdulillah. Tu pun masih lagi suka terlupa nak bersyukur. Tu pun malas nak buat perkara positif. Apalah nak jadi.
Di mana tempatnya. Cuma Allah yang tahu. Walau di dunia dah tahu. Cuma ada syurga. Ada neraka. Baik ke syurga. Jahat ke neraka. Tapikan, tetap juga kita tak tahu. Serius. Kenapa tak tahu?. Sebab kita ni ada hati dan akal yang selalunya susah dikawal keras.
Banyak kemudahan. Ada banyak jaminan. Kalau macam ni, begini. Kalau begitu, begini. Tetap juga, namanya manusia, eh degil lagi dan lagi. Tempatnya di mana?
Tunggu pengakhirannya bagaimana. Haa ni penting. Pengakhiran tulah penentu kecuali memang nyata kufurnya. Jelas sepaling jelas kekal pilih jalan yang tidak lurus. Jangan main-main dengan pengakhiran. Boleh bawa padah.
Terumbang ambing namun tekun saat mencari Allah swt itu lebih baik daripada terus mencampak sejauh jauhnya landasan hidup berTuhan. Di mana tempatnya nanti.
NOTA PC : Jumaat kedua dibulan Mac. Ramadan kian mendekat.
Tags:
Santai Peribadi