LIHAT DIRI SENDIRI SAHAJA DULU | بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم . Assalammualaikum wbt. Lihat dan dengar apa yang diperkatakan, jangan lihat siapa yang memperkatakannya. Ada benarnya dan ada tidaknya juga. Benarnya kita boleh ambil apa yang baik daripada apa yang diperkatakan. Tidak benarnya adalah kita sering melihat begini, kalau awak cuba ajar anak awak jalan lurus sedang awak jalannya mereng itu suatu yang aneh. Macam tu juga orang akan menilai. Sama tak apa yang awak buat dengan apa yang awak cakapkan dan nasihatkan orang lain akan sesuatu hal.
Mencari pengaruh. mendapatkan perhatian. Mengumpul bilangan sebanyak yang mungkin dan boleh. Sebenarnya ini berlaku di mana-mana dan dilakukan oleh sesiapa sahaja. Cara paling mudah adalah fitnah dan menyampaikan apa yang tidak sepatutnya disampaikan.
PC sangat tertarik dengan permasalahan sesetengah orang yang suka menyampaikan apa yang tidak sepatutnya disampaikan. Ingat ya, TIDAK SEMUA PERKARA YANG KITA TAHU DAN TERIMA PERLU DISAMPAIKAN KEPADA ORANG LAIN, lebih-lebih lagi kalau perkara itu memburukkan keadaan. tak pasal-pasal kita dapat dosa yang berganda-ganda.
jujur tidak bertempat itu bahaya. Memakan diri sendiri dan membinasakan orang lain. Lebih parahkan jadinya. Jujur itu bagus. Sikap terpuji. Berkata benarlah walaupun pahit. Tapi dalam agama juga sangat melarang kita membuka aib diri sendiri apatah lagi aib orang lain. Jelaskan. Good.
Jujur dengan diri sendiri perlu. Jujur dengan orang lain perlu. Menjaga rahsia dan aib juga lagi sangat-sangat perlu. Ada orang nampak jujur, tulus sangat, tapi rupanya sedang menjadi api dalam sekam, gunting dalam lipatan, baling batu sembunyi tangan. Ada spesis manusia begini. Maka berhati-hatilah.
Jangan terbuai dengan jujurnya orang. Jangan terjebak dalam perangkap tulus tidak lurusnya hati mereka-mereka ini. Bahaya. Licik. Tidak mustahil sekarang orang lain menjadi bahan umpatannya dia dengan kita, sedangkan esok kita menjadi bahan umpatannya dia dengan orang lain pula. Nauzubillah.
Mudahnya, lihatlah diri sendiri sahaja dulu. Cermin dulu betul-betul. Puas-puas. Tentu sangat banyak yang masih tidak benar dan perlu diperbaiki dengan kadar paling segera. Sekian
NOTA PC ❤ kena ingat hidup di dunia lebih kena ingat selamanya di akhirat
Tags:
Santai