MENANGIS LAGI

MENANGIS LAGI | Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. SIANG PANAS TERIK. Bila malam sejuk bukan main. Rasa nak pakai selimut berlapis-lapis je. Risau pulak tak dengar azan subuh. Tak ke bahaya tu. Tapi ni dah mula lagi. Menangis lagi dan lagi.


Awal pagi dah panas terik. Maka melipas kudunglah basuh pakaian. CEPAT kering, CEPAT angkat. CEPAT lipat. Selesai. Sebabnya bila petang je, haaa gelap gelita ada guruh pulak tu. Setiap kali hujan.. fuh lebat sungguh. 

Menuju Ramadan yang tidak berapa hari lagi, Allah hadiahkan hujan setiap hari. Seimbang. Panas ya dan sejuk pun ya juga. Syukur. Alhamdulillah. 

Ada yang berbunyi, setiap nak sambut Ramadan, akan panas terik. Sampailah habis puasa. Tak juga. Musim boleh berubah. Sememangnya telah banyak yang berubah juga akhir zaman ni. Banyak yang meleset daripada jangkaan manusia. Luar daripada kebiasaan. Yang biasa jadi tak biasa. Yang tak biasa jadi biasa terjadi.

Hari ini, menangis lagi. Alhamdulillah. 

NOTA PC  : mood Ramadan 
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Sama lah Kak PC,dekat Melaka ni pun hujan..cuaca pun redup sahaja

    BalasPadam
  2. semalam hujan lbt tapi hari ini dah mula panas macam biasa

    BalasPadam
  3. Seremban dah lama x hujan...panas terik...memang kalau jemur baju cepat jer kering...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama