MENCARI TEMPAT BERPAUT

MENCARI TEMPAT BERPAUT | Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. JATUH LAGI BERKALI-KALI. Adakan yang macam tu. Bukan tak bangkit. Bukan tak usaha. Tapi kadang tu persekitarannya. Allah izin. Percaya tak, sebahagian besar ujian tu bukan untuk orang yang sedang diuji tu.. tapi untuk orang di sekelilingnya juga yang terutama yang rapat.


Mencari tempat berpaut sangat penting dalam hidup. Tempat berpaut pertama Tuhan. Allah swt. Ikut  apa wahyu yang disampaikan olehNya kepada Rasulullah saw. Al Quran. Jadikan panduan. Pautan pertama. Kuat pautan tu. InshaAllah kukuh sampai akhirat kelak.

Jangan salah cari tempat berpaut. Salah cari tempat berpaut, ingat gantung bunga cantik yang pasunya mahal pada dahan atau kayu yang sudah buruk dan reput. Jatuh, terhempas, hancur berderai. Kalau mahu berteduh jangan berteduh di bawah zink yang berlubang-lubang. Tidak kering, semakin basah dan kesejukan.

Ada banyak tempat berpaut, tapi jangan asal kaut. Pandang kanan pandang kiri jangan jadi manusia tak berhati perut. Aku punya aku kaut, eh orang punya aku rebut. Memang minta dihina sampai mereput.

Pegang erat tempat berpaut. Tempat satu-satunya mesti diturut. Bila terlepas CEPAT bangkit, cari dan sujud. Kepada DIA. NANTI DIA hantar para PERANTARA pemudah cara.

NOTA PC  : jangan jadi pokok ara.. 
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama