RAMADAN 1444H BERBEZA

RAMADAN 1444H BERBEZA | Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. ALHAMDULILLAH, hari pertama umat Islam berpuasa. Rukun Islam ke-3. InshaAllah malam ni, malam kedua bertarawih. Sunat. Sebolehnya tunaikan. Tak boleh berjamaah, tunaikan bersendirian.


Syukur tahun pertama berpuasa di kampung. Sampai nanti akhir hayat. Sampai waktu yang Allah swt izin. Mudah-mudahan diberi tubuh yang sihat. Jujurnya rasa gembira dapat sama-sama berpuasa dengan babah. 

Tapi tak semudah itu. Kerana ini Ramadan pertama tanpa mama. Ada satu rasa. Rasa yang dirasai tapi tak mampu diterjemah dengan bait kata-kata. Sungguh. Tak tipu. Cuma ada rasa yang sarat dan sangat-sangat berat.

Menjadikan.. RAMADAN 1444H BERBEZA. 

NOTA PC  : Salam Ramadan 
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Salam Ramadan juga buat PC. Semoga tahun ini sama-sama kita mendapat syafaatNya

    BalasPadam
  2. salam ramadhan pc, semoga pc tabah, sayu baca entry ni

    BalasPadam
  3. Salam Ramadhan PC...titipkan doa buat mama untuk ubat kerinduan...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama