RAMADAN DUA SUDUT RASA TAKUT DAN RISAU BERBEZA

DUA SUDUT RASA TAKUT DAN RISAU BERBEZA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. RAMADAN kian berkurang jumlah harinya. Bererti Syawal kian mendekat. Sangat semakin menghampiri. Meriahnya PC yakin berganda berbanding sebelum-sebelum ini. Itu sudah pasti. Semua pun sedia maklum. 

Tema warna apa baju raya tahun ni? 
Bila balik kampung? 
Cuti lama ke? 

Setelah dua tahun. Soalan ini kembali diulang-ulang. Tentu sahaja rasa mahu sama-sama bertemu dan berkumpul dengan Ibu bapa, adik beradik dan saudara mara menggebu-gebu. Teruja. Bahagia. Gembira. Tentu sahaja. 

Jujurnya, pandemik ke endemik. Tiada rasa yang berbeza. Mungkin leganya masing-masing lebih bebas ke mana-mana. Selain masing-masing sudah menerima Vaksin Covid namun segalanya boleh terjadi dimana-mana luar jangkaan kita. 

RAMADAN DUA SUDUT RASA TAKUT DAN RISAU BERBEZA

Rasa takut dan risau masih tebal dalam diri PC dengan COVID-19 ni. Sampaikan bila tengok orang terlampau ramai di satu-satu tempat tu PC rasa macam nak nangis pun ada.  Berasak-asak tak kurang dah. Allahu. Tapi bila fikir semula setiap orang ada hak masing-masing. Jadi baik kita  je yang menjarak. 

Sebelum ni takut dan risau dengan virus COVID-19. Sekarang takut dan risau dengan ragam manusia la pulak. Semoga semua dilindungi Allah SWT sentiasa. Aamiin. 

Sebenarnya, kita masih perlu berjaga-jaga. Pada mata kasar mungkin C-19 macam tidak ada, namun percayalah sentiasa ada penyakit lain disekitar kita. Paling merisaukan 'penyakit hati'

NOTA PC : risau tetap ada
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Semoga kita dilindungi daripada wabak penyakit dan kemudharatan

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama