SULAM DAN KAIT SALAH SATU AMANAH MAMA JUGA

SULAM DAN KAIT SALAH SATU AMANAH MAMA JUGA | Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. DODOT kucing jiran. Tapi setiap hari datang rumah babah mama. Mama memang tak boleh, akan suruh babah bagi makan. Bila dah bagi makan.. harap maklum la ya. Maka terus bermastautin la dia. Hihihi. 

Tak lama kemudian Dodot mengandung. Kiranya ni anak sulong Dodot waktu dah duduk rumah kami. Lahirlah dua ekor anak bulu yang montel. Dua je. Dua-dua betina. Tapi buat pertama kali SEPANJANG babah mama ada dan pelihara kucing.. kali ini Allah hadiahkan mereka berdua ni sebagai kucing "istimewa". Selain unik sepasang matanya..  ada lagi "istimewa mereka". 

KUCING KELAINAN UPAYA (KKU). Bukti kekuasaan Allah swt. Bukti bila DIA mahu  segalanya pasti dan boleh jadi. Tengok mereka dilahirkan, membesar, banyak air mata yang tumpah. Masa mama masih ada, mereka kecil lagi.

SULAM DAN KAIT. Nama yang kami sepakati. Mama pesan, jaga betul-betul. Lindungi. Kebajikannya diurus dengan sempurna selayaknya dia. InshaAllah ma. Sekarang dah besar. Hihihihi. Tak begitu aktif. Tapi pandai mencairkan hati. 

ANDAI nek ma masih ada.. tentu mama senyum sentiasa setiap hari tengoktelatah dua ketul anak hebat ini. Salam Jumaat pertama yang indah untuk semua.
 
NOTA PC  : sayang semua


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Abangku pelihara kucing liar..dari bayi hingga besar..beranak Pinak..hingga sekarangpun masih ada di rumah abang,senang liat kucing jadi teman hiburan

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama