TIDAK BAGAI DISANGKA

TIDAK BAGAI DISANGKA | Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. TEMPAT YANG SANGAT SUNYI. DAN MENYERAMKAN lebih-lebih lagi waktu malam. Seram dan menakutkan bukan cuma lazim dengan mistiknya tapi yang sering ditakutkan libatkan haiwan liar dan berbisa pun ya juga. Kawasan tanah perkuburan lazimnya meriah bila hari raya. Dulu la... zaman PC kecil. Tapi sekarang sepi. Raya pun tak seramai dulu yang datang ziarah.  



Apa yang dipandang, difikirkan dan dialami jauh bezanya dengan hakikatnya. Alam rahim ibu. Alam dunia. Alam kubur. Alam barzakh. Alam akhirat. Sampailah nanti syurga atau neraka. Kita cerita. Bercakap. Di dunia. Tengok je kawasan tanah perkuburan. Macam cuma susunan kepok kubur. Teratur rapi. Sepi. Tenang. "MACAM"..

Tapi hakikatnya.. dan kebenarannya..

Di bawah sana ada satu suasana kehidupan roh-roh yang pelbagai warnanya. Ada cerita masing-masing yang kita di dunia ni tidak tahu dan tak dapat bayangkan pun macam mana. Pada pandangan kasar mata.. kepok kubur di kawasan tanah perkuburan mati. Cuma batu atau kayu yang dipacakkan sebagai tanda tempat disemadikan jasad. 

Dunia di bawah itu.. Allahu. TIDAK BAGAI DISANGKA. Boleh jadi aman damai bak pengantin baharu sedang bersanding. Tak mustahil tak ada istilah nikmat dan bahagia sedikit pun juga. Rezeki masing-masing. 

PC sangat takut bila pergi ke kubur, nampak dan lalu kawasan kubur yang dah jerlus tanahnya. Bila kepok terperosok dalam lubang tu rasa macam ada satu aura yang MENYERAMKAN. Sungguhlah.  Ya Allah. Jadi, penjaga kubur dan keluarga kena sentiasa pantau. 

NOTA PC  : husnul khotimah 
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Semoga nasib kita semua nanti baik2 sahaja di bawah sana.

    BalasPadam
  2. Al-Fatihah buat muslimin dan muslimat yang telah mendahului kita.
    Umat islam di Malaysia masih beruntung kerana tanah kubur tidak perlu dibeli. Alhamdulillah syukur masih ada insan mulia yang sudi mewakafkan tanah mereka untuk dijadikan tanah perkuburan buat saudara seislam mereka.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama