ADA TAPI BERASA ASING DAN KOSONG

ADA TAPI BERASA ASING DAN KOSONG | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. 'Bawa haluan masing-masing'. Ungkapan yang sering disebut-sebut dan diguna pakai. Selalunya bila berlaku perselisihan baik itu perpisahan atau suatu hal yang baik seperti melanjutakan pelajaran juga apabila masing-masing sudah bekerja dan memiliki keluarga masing-masing. Bawa haluan masing-masing ni ada dari sudut positif dan ada disebabkan hal yang terlalu peribadi namun terpaksa dilakukan.

Tetapi zaman sekarang bawa haluan masing-masing bukan lagi suatu yang janggal. Selalu berlaku. Tak payah tunggu orang dewasa, sekarang ni anak kecil, kanak-kanak apatah lagi yang remaja dan dewasa, sudah terbiasa bawa haluan masing-masing. Tak pelikkan. Dah biasa perkara ni berlaku dan kita lihat. Sebenarnya suatu pemandangan yang kurang menarik. Bagi PC la ianya kurang menarik dan bukan suatu hal yang sihat. TIDAK sihat.

Ada tapi berasa asing dan kosong. Banyak punca. Salah satunya teknologi. Gadjet. Benarkah gadjet menjadi punca. Salah siapa dan bagaiamana cara atasinya supaya ada tapi berasa asing dan kosong tidak terjadi serta dapat dielakkan.

Sekadar buah fikiran dan pendapat peribadi PC sahaja.

Salah siapa sebenarnya. Adakah salah teknologi. Atau salah kita yang menggunakan teknologi. Maksudnya berbalik pada diri sendiri. Kalau anak kecil atau kanak-kanak bawah umur atau remaja bagaiamana pula. Ibu bapa ada kaitannyakah. Ada peranannya di situ. Tidak boleh terus menuding jari. Tidak boleh juga terus menuduh atau menyalahkan melulu. Harus lihat dan kaji terlebih dahulu apa sebabnya. Kalau dek kerana tuntutan tugas, kerja atau proses pengajaran dan pembelajaran memang tidak dapat dielak dan dinafikan. Namun yang sering menjadi masalah adalah di luar waktu itu.

Ya, di luar waktu-waktu diharuskan sentiasa berdampingan dengan gadjet. Itu yang merosakkan situasi. Itu yang menyebabkan ada tapi berasa asing dan kosong. Memang diri tidak merasakan akan hal itu tapi orang  yang berada disekitar kita merasakan hal itu. Ada tapi berasa asing dan kosong. Satu di penjuru sana. Satu dipenjuru sini. Seorang di dalam rumah seorang di luar rumah. Dengan gadjet masing-masing. Terlalu asyik. Fokus yang PC rasa sangat kurang sihat. Kurang sihat dalam bersosial. Kurang menghargai sekeliling. Hilang kemesraan. Keceriaan. Hambar hubungan kekeluargaan. 

Jadi bagaimana cara atasinya. Mungkin ibu bapa boleh menghadkan. Menasihati. Mengawal anak masing-masing. Pemantauan sangat penting. Setiap kita ada hak. Saling menghormati hak. Supaya sama-sama selesa dan berada dalam keadaan persekitaran yang sihat. Orang dewasa sendiri pun tunjukkanlah contoh yang baik. Tarik perhatian kanak-kanak atau remaja dengan cara yang sihat tanpa berdampingan dengan gadjet sepanjang masa. Tak nak ketinggalan dan tidak mahu ada jeda ketika berkomunikasi di alam maya seperti whatsapp, dalam masa sama tidak menjadi komunikasi dengan orang sekeliling dialam nyata pun tidak wajar juga. Jaga semua dengan cara sebaik-baiknya. Ikut kesesuaian. 

Kita habiskan waktu dengan gadjet. Mengisi ruang-ruang media sosial dengan baik dan aktif, andai satu ketika nikmat itu semua Tuhan ambil semula, kita akan tetap kembali kepada keluarga. Keluarga yang satu masa dulu kita pinggirkan kerana terlalu asyik dengan gadjet dan media sosial itulah yang akan mendampingi kita dalam keadaan apa pun. Pandai-pandailah membahagi. Ikut keperluan. Ikut kehendak. Jangan ikut kepala sendiri sahaja. Jangan keterlaluan. Kalau masih boleh kawal diri dan berpada-pada itu tidak mengapa. Tidak langsung menjadi masalah. Silakan. Jangan sampai tidak menghiraukan sekeliling. Jika hingga ke tahap itu sakan ngadap gadjet. Adalah sangat menyedihkan. Ada tapi berasa asing dan kosong. Benar.

NOTA  PC  : ADA TAPI BERASA ASING DAN KOSONG.. hargailah sementara ada


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama