APAKAH PERUBAHAN YANG TELAH DILAKUKAN SEPANJANG HAYAT. بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم . Assalammualaikum wbt. Ada banyak perkara berlaku dan dilakukan secara bertahap. Tuhan beri ujian juga bertahap kepada setiap hamba-hambaNYA, sesuai dengan mampu hambaNYA untuk lalui dan tanggung. Semuanya ada proses dan berada pada skala tertentu mengikut garis waktu masing-masing. Fitrahnya begitu. Lazimnya seperti itu yang kita lalui. Langkah demi langkah. Satu per satu. Kadang perlahan. Ada masa laju. Ada masa lambat. Kadang pecut.
Seiringnya waktu, bertambahnya usia, berbezanya corak pemikiran dan kadar beradabtasi dengan banyaknya pengalaman hidup yang ditempuhi, sedikit sebanayak tentu sahaja ada perubahan yang akan terjadi dalam kehidupan kita. Baik itu perubahan dari segi pemikiran, rohaniah, perwatakan, kerjaya dan kehidupan pada segenap sudut keseluruhannya. Tentu sekali akan berlaku juga perbezaan-perbezaan yang ketara. Jadi tidak hairanlah kalau ada yang perasan akan setiap perubahan yang berlaku atau dilakukan sehingga orang lain anggap kita sudah ''jauh berubah''. Wajarlah. Cuma, apa yang berubah. Perubahan itu perlukah atau sebaliknya, tidak perlu. Adakah perubahan itu lebih ke arah yang lebih baikkah atau bertambah buruk. Dua-duanya akan sentiasa menarik perhatian orang lain.
Bagi PC, perubahan walau kecil dan sedikit, tetap sahaja itu satu perubahan. Kadang tak perlu juga buat perubahan besar-besaran kerana yang perlu diubah pada perkara yang kurang baik, kurang memuaskan hati dan kurang benar. Ya, mungkin ada perubahan yang mesti dilakukan pada skala yang bersar, tergantung jugalah pada keperluannya. Apakah perubahan yang telah dilakukan sepanjang hayat kita. Lain orang lain-lain fasa perjalanan kehidupannya. Pengalaman pun tidak sama. Penerimaan pengalaman pun beza-bezakan. Ada yang mahu lakukan perubahan dan idak kurang menolak untuk lakukan perubahan.
Andai ada niat mahu lakukan perubahan dalam kehidupan, buat kerana Allah swt. Supaya kekal perubahan baik itu, walau pelbagai dugaan atau cabaran mendekat pada masa akan datang. Kalau pun mahu ada perubahan jagan ubah apa yang telah Tuhan berikan kecuali ianya diperbolehkan untuk diubah dengan syarat-syarat tertentu, dan hukum memperbolehkan ianya dilakukan perubahan. Sekiranya tidak perlu, elakkanlah.
Sesekali, duduk seorang diri, tanya berulangkali pada diri sendiri. ''Selama aku hidup ni, apa perubahan ke arah yang lebih baik yang telah aku lakukan?''. Bertanya pada orang lain minta pendapat itu perlu sesekali. Tapi bertanya dengan diri sendiri juga sangat perlu. Bertanya dengan orang lain mungkin lebih mudah tersinggung, lagilah kalau orang tu cakap tak toleh kiri kanan, ambik ko. Tapi kalau tanya diri sendiri itu lebih menyenangkan. Kita mudah berdamai dengan diri sendiri.
Setiap perubahan yang dilakukan ada nilainya. Ada ganjaran yang akan Tuhan beri. Tak kiralah perubahan baik atau sebaliknya. Cari dan lakukan perubahan yang kita suka, Allah swt suka dan Nabi Muhammad saw pun suka. Cuba.
Sekian.
NOTA PC : Apakah Perubahan Yang Telah Dilakukan.. Moga bermanfaat
Tags:
Santai