JANGAN ANGGAP PERSAINGAN TAPI SAMA-SAMA BERJUANG

JANGAN ANGGAP PERSAINGAN TAPI SAMA-SAMA BERJUANG | Ø¨ِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. Berlawan secara sihat itu bagus. Tetapi berapa ramai orang boleh berlawan atau bersaing secara sihat dengan setulus hati. Ada, bukan tidak ada tetapi tidak ramai yang melakukan begitu. Kadang pada awalnya persaiangan secara baik dan sihat, tapi bila lihat pihak lagi satu lebih mudah laluannya sedang kita sangat berliku dan perlahan momentumnya maka terdetiklah dihati dan fikiran yang tidak-tidak. Hujungnya jadi kurang sihat. Itu yang kawan jadi lawan. Sahabat jadi musuh.

Mahu selamat mudah sahaja, ambil jalan dan guna cara yang sihat. Betulkan niat untuk capai matlamat. Jangan anggap persaingan tapi sama-sama berjuang kerana Tuhan. Aku berjuang, kau pun bejuang. Dengan cara masing-masing dan atas garis waktu dan catatan rezeki sendiri-sendiri. Jika perlu bergabung maka bergabunglah kerana Tuhan. Kalau perlu berpecah, berpecahlah atas niat yang sama tapi melaksanakan di keadaan, tempat dan waktu yang berbeza. Tidak jadi masalah.

Semangat persaiagan itu lebih menjadi positif dan terhindar daripada pelbagai anasir yang membinasakan diri sendiri dan ramai pihak lain juga. Itulah gunanya letakkan diri berjuang bersama-sama bukannya anggap satu sama lain sebagai pesaing. memang boleh je bersaiang secara positif atau sihat. Bukan tak boleh, berbalik pada diri sendiri jugalah mahu yang seperti apa dan bagaiamana mahu memperlakukannya dengan baik.

Bila anggap persaingan akan lebih mudah terdedah untuk menimbulkan pelbagai masalah. Rasa ego juga tidak mustahil menebal dalam diri masing-masing. Nama pun sedang bersaing. Satu persaingan. Berlumba-lumbakan. Contoh mudah, perlawanan persahabatan. Bererti kita main memang untuk menag, tapi menang itu bonus, ikatan ukhuwah satu sama lain itu lebih bererti dan sangat bermakna untuk kita jaga sentiasa.

Kalau mahu rasa tenang, jika mahu disenangi ramai orang disekeliling kita, jangan anggap persaingan dalam setiap apa yang kita lakukan sebaliknya sama-sama berjuang kerana cukupa Tuhan yang menilai siapa lebih siapa kurang, siapa baik dan sebaliknya. Biarkan DIA nilai dengan caraNYA yang paling terbaik dan hebat. Kita, lakukan dengan santai keranaNYA. Sekian.

NOTA PC  : Jangan Anggap Persaingan Tapi Sama-sama Berjuang.. Hidup "saling"

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama