KENAPA MASALAH DATANG BERTALU-TALU

KENAPA MASALAH DATANG BERTALU-TALU | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. SubhanaAllah. Alhamdulillah. Segenap nikmat yang Allah swt pinjamkan. Walaupun cuma dipinjamkan tapi nikmatnya sangat luar biasa. Biasakan bersyukur. Tapi bersyukur itu bukan bererti terus menyerah. Kena juga usaha dan doa. Mesti.

Di pantai ada pasir. Ada air. Ada ombaknya yang kadang memukul pantai dengan tenang dan kadangkala dengan buas dan ganas sehingga terkadang dengan izin dan mahunya Allah swt boleh meranapkan dan membinasakan serta meragut banyak nyawa juga. Contohnya Tsunami. Begitu juga dengan kehidupan kita. Kehidupan makhluk. Tidak sentiasa tenang. Pasti ada pasang surutnya perasaan.
 
Nikmat dulu kemudian ujian. Ada masanya ujian dulu kemudian nikmat. 
Nikmat dan ujian bersilih ganti. Untuk mengajar kita lebih bersabar dan bersyukur disamping mencari dan mengambil hikmah pada apa yang terjadi. Lumrah bila sesekali ada masalah dalam hidup kita. Allah swt mahu menegur. Masih sayang pada kita. Tapi sangat membimbangkan dan menyediahkan bila masalah datang bertalu-talu. Satu persatu. Lepas satu satu lagi. Walhal yang sedia ada masih belum pun selesai sudah ada masalah yang baharu.

Kenapa. Jangan tanya dan persoalkan kepada Allah swt sebaliknya tanya dan persoalkan kepada diri sendiri terlebih dahulu. Itu lebih baik. Sebahagian besar masalah berpunca daripada tindakkan diri kita sendiri dan orang disekeliling kita. Boleh jadi kita punca dan orang yang hampir jadi mangsa dan sebaliknya, orang sekeliling punca dan kita juga terjebak jadi mangsa.


Ada banyak sebab juga kenapa masalah datang bertalu-talu dalam hidup kita. Kadang rasa macam kita tak kacau orang. Tak ganggu orang apatah lagi ambil tahu urusan orang lain. Tapi ada je masalah yang timbul. Ada je yang serba tak kena itu ini. Peningkan. Makan panadol pun tak hilang peningnya. 

Tak semua orang suka tengok orang lain aman damai lagi permai. Tak semua orang lapang hati tengok orang lain hidup harmoni dan baik-baik sahaja serba serbi. Tak semua orang boleh terima bahawa rezeki itu daripada Tuhan bukan daripada manusia lain. Kitakan cuma usakan saja. Masalah bertalu-talu ni salah satu puncanya hati kita sendiri. 

Bila hati kita ada masalah, ianya menarik banyak masalah yang lain. Lebih-lebih lagi bila kita ada buat salah dengan orang kemudian tidak minta maaf sehingga orang itu maafkan. Fuh, jangan cari pasal oii. PC ni salah satu punca besar selain kita ada salah dengan Allah swt. Kurang lancar jaga hubungan dengan Allah dan sesama insan serta makhluk tidak mustahil masalah kita datang bertalu-talu. 

Kesimpulannya dalam hidup ini sangat penting mencari keberkatan.

Sekian

NOTA PC : takut

 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Manusia memang tempatnya salah dan khilaf

    BalasPadam
  2. betul PC, SA setuju dengan entry ni...kadang kita terlepas pandang yang salah tu sebenarnya dari kita

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama