MEMENUHI KEPERLUAN DAN KEHENDAK NYATA SERTA TIDAK NYATA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Seiringnya waktu manusia akan mengalami perubahan dalam kehidupannya. Pemikirannya. Sudut pandangnya. Gaya dan cara hidupnya. Serba serbi akan berubah. Kadang ianya terjadi secara semulajadi sahaja. Pengalaman dan kematangan.
Dulu lain. Sekarang lebih berbeza.
Sudah tentu ianya terjadi dan dirasai serta dialami semua orang. Semuanya itu proses seiringnya usia kita yang dipinjamkan olehNYA. Bezanya condong ke mana. Berubah lebih baik atau sebaliknya.
Memenuhi keperluan dan kehendak nyata serta tidak nyata. Macam ni, semua orang ada keperluan dan kehendak yang mesti dipenuhi atau boleh ditangguh juga. Ada pilihan mana yang perlu dikemudiankan dan mana pulak yang mesti didahulukan. Tidak semuanya boleh dipenuhi serentak. Mungkin ada tapi tidak semua orang upaya melakukan itu dengan alasan tertentulah.
PC tak pasti ini berlaku kepada setiap orang atau sesetengah orang sahaja. Semuanya bermula daripada rasa sedar. Kesedaran dan pengalaman juga bagi pendapat PC lah. Kadang masa remaja dan mudanya dia sangat menjaga kebajikan dan kepentingan untuk dirinya sahaja. 80 peratus dirinya.. dirinya..dirinya sedangkan untuk orang lain 20 peratus sahaja itupun kadang dipotong lagi menjadi tinggal 15 peratus untuk orang lain.
Tapi.
Keadaan bertukar dan terbalik. Kalau dulu 80 peratus untuk diri sendiri dan 20 peratus atau 15 peratus sahaja untuk orang lain, semakin ke sini dan semakin dewasa dan tua bertukar 80 peratus dilebihkan untuk keperluan, kehendak, kepentingan dan keselesaan serta kegembiraan orang lain manakala bakinya yang tinggal 20 peratus itu untuk dirinya pula. Maksudnya akan lebih bahagia dan tenang bila melihat orang lain bahagia dan tenang terlebih dahulu.
Keperluan dan kehendak nyata untuk diri sendiri telah terpenuhi, kini untuk memenuhi keperluan dan kehendak orang lain pula supaya mendapat berganda sesuatu yang ada tetapi tidak nyata itu lebih , lebih malahan berganda-ganda.
Menyemai. Mengumpul. Menabung. PAHALA.
NOTA PC : MEMENUHI KPERLUAN DAN KEHENDAK NYATA SERTA TIDAK NYATA jangan terbabas ke mana-mana
Tags:
Santai