MENANTI SENJA

MENANTI SENJA | Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. KEGEMBIRAAN ORANG YANG BERPUASA ADA DUA. Ketika nak berbuka puasa dan ketika nak bertemu Allah swt kelak. Bila masuk senja, dah nak masuk waktu maghrib, itulah happy nya orang yang sedang berpuasa. Waktu senja tulah ditunggu-tunggu. Sungguh.

Sementara menanti senja, sebelum masing-masing tidur, tunggulah mereka ni depan pintu dihalaman. Tunggu diberi jagung. Dah memang rutin setiap harinya begitu. Kalau tak babah, PC la. Kadang en suami dah bagi ayam makan awal-awal. Tapi tetap juga nanti dekat senja minta makan lagi. 

Menanti senja, ada yang mahu solat, berbuka puasa atau tidak lakukan apa-apa. Santai sahaja. Adakan yang biasa-biasa sahaja. Macam tak ada apa-apa. Waktu menanti senja ada yang diisi dengan ibadah sunat.  Mengaji Al Quran dan sebagainya. 

Di bulan Ramadan ni, menanti senja meriah sana sini situ kan. Pasar ke bazar Ramadan ke meriah dikunjungi. Masing-masing mencari juadah berbuka ikut selera masing-masing.  Meriah atas meja. Alhamdulillah. 

Jangan sia-siakan waktu. Jangan buang masa yang ada lakukan hal kurang berfaedah. Apatah lagi masih berada dibulan Ramadan ni kan. Akan datang belum tentu lagi.

NOTA PC  : masak awal rehat awal
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama