MINYAK ANGIN CAP KAPAK

MINYAK ANGIN CAP KAPAK | Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua.  TIDAK ASING DALAM KELUARGA PC. Salah satu minyak angin yang selalu ada, MINYAK ANGIN CAP KAPAK. Daripada arwah nenek PC,  sampailah sekarang babah pun sentiasa ada MINYAK ANGIN CAP KAPAK ni dalam poket dan di rumah. Sekarang en suami dah terjebak.

Untuk kegunaan luar sahaja. Jauhi daripada anak kecil.  Sebelum tu, ini bukan review berbayar. OK sambung.. MINYAK ANGIN CAP KAPAK ni ada yang suka. Ada yang tak suka. Itu hal biasakan. Suka dan tak suka. Lagi satu, serasi dengan tak serasi. Pening kepala, sakit perut, selesema, gatal kena gigit nyamuk, kena sengat serangga berbisa.. yang suka dan serasi memang boleh guna MINYAK ANGIN CAP KAPAK ni.

Panas berangin tapi salah langkah boleh buat menangis. Sapu minyak kat dahi.. berpeluh.. tak pun basuh muka, air meleleh masuk dalam mata.. fuhhh, menjerit sampai jiran sebelah ingat ada penderaan. Jangan cari pasal.

Dulu, budak lelaki suka dengki kawan-kawan sekelas, letak  MINYAK ANGIN CAP KAPAK ni pada kerusi. Bila duduk panas punggung. Dah baju dengan kain dan seluar semerbak bau MINYAK ANGIN CAP KAPAK. Gendeng betul. Dulu.. diam je. Cuba buat sekarang.. copot gigi kau kena tendangan halilintar.

Setiap orang ada pilihan untuk setia dengan satu-satunya jenama tu ikut citarasa masing-masing. Tak kisahlah, asal tidak memudaratkan.

NOTA PC  : turun temurun
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Minyak angin cap kapak ni fav Mak Pah...hari- hari pakai...kalau xde dia x leh tido...

    BalasPadam
  2. Benda yang wajib ada di pejabat SR

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama