MUDAH JANGAN PANDANG REMEH | Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. BANYAK BANTUAN ADA SEKELILING KITA. Berbayar ada. Percuma lagilah ada. Pilih ikut suka. Ikut seperlunya. Mudahkan?
Mudah.. tapi jangan yang mudah itu dipandang remeh je. Biasa gitukan. Mana yang mudah tu mudah juga dilalaikan. Buat tak cakna je. Tak gitu. Tapi ada juga yang walau hal mudah tetap dipandang serius dan diurus dengan betul.
Apa yang mudah, salah kendali jadi sukar. Bila tak cakna jadi musibah. Boleh tercetusnya masalah lebih besar juga. Jangan main-main. Banyak urusan tergendala kerana yang mudah itu dipandang remeh. Patut cepat jadinya lama berbulan.. malah ada yang bertahun. Faham-faham sendirilah.
Kerana mudah kemudian dipandang remeh, merana hidup di dunia.. takut sambung merana di SANA pula. Minta dijauhkan!! Lebih-lebih lagi libatkan orang lain. Adoii. Parah.
Jangan ambil dan pandang remeh pada sesuatu yang mudah. Mudah ni ada dua pada pendapat pc. Memang betul mudah atau kita dan orang lain pandang mudah sebab MALAS fikir dan sebagainya. Macam nampak sebatang paku karat ditengah dan atas jalanraya, ambil dan buang mudah. Tapi kalau gitu, bila terpijak atau tercucuk tayar, boleh berubah ceritanya.
NOTA PC : semua benda dianggap mudah pun tak boleh
Tags:
Santai Peribadi