TAK PAYAH NAK MANIS DEPAN DI BELAKANG MASAM KELAT | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Hihi. PURA-PURA tu meletihkan hati dan otak. Sebab nak cover itu ini. Fuh baiklah tak payah. Pahala jadi tipis. Silap-silap dosa orang diangkut. Bukan ke sia-sia jadinya.
Nak mudahkan, TAK PAYAH NAK MANIS DEPAN tapi bila DI BELAKANG MASAM KELAT pahit pun ada. Pening dibuatnya. Kalau rasa perlu berterus terang, cakap je tapi jangan la ikut rasa hati bila cakap. Jangan mentang-mentang lebih baik cakap depan, nahhh tak ada timbang rasa langsung. Sila guna akal la juga.
Bukan tak boleh manis di hadapan.. boleh je. Tapi kena samalah, depan ke, di belakang ke tetap sama je. Mudahkan. Jadi tak mengata macam-macam pada orang lain. Tak la nanti sampai orang cakap talam dua muka. Kan tak manis gitu. Nama pun tercemarkan... kan... kan.
Jangan nak nampak baik tapi betul-betul jadi baik. Nak nampak baik ni tak kekal lama. Sebab boleh jadi gunting dalam lipatan. Api dalam sekam. Macam tu la ibaratnya. Jadi jangan manis nau nau depan.. pahitnya pun berganda-ganda nau nau nya dibelakang.
PC sendiri ada berhadapan dengan SITUASI macam ni.. bosan rasanya. Lagilah bila tahu begitu begini.
NOTA PC : LETIH FIKIRAN DAN PERASAAN.
Tags:
Santai Peribadi
selamat hari raya PC
BalasPadam